Pas Relief

Selamat Datang ke Web PASRelief.org

PAS Humanitarian Mission

Siapa PASRelief

PASRelief adalah sebuah jabatan dibawah Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat. Ditubuhkan pada 13 Mac 2017 sebagai lanjutan daripada penglibatan PAS dalam tanggungjawab dan misi Kemanusiaan khususnya isu Muslim Rohingya, Syiria dan Palestin. Berdasarkan kedudukan Arakan (Myanmar) dan Muslim Rohingya yang paling hampir dengan negara kita, malah terdapat ramai dari kalangan mereka itu kini terdampar di negara kita dan negara jiran serantau. Maka PAS yang turut serta dalam misi Food Flotilla For Myanmar dan melanjutkan misi ke Arakan dan Bangladesh, maka PASRelief akan memberi fokus khas kepada mengusahakan penyelesaian isu Muslim Rohingya.


www.pasrelief.org

Program Terkini

Bagaimana dengan penyertaan ibadah korban teman-teman pada tahun ini? Pastinya sekarang adalah waktu genting untuk mendaftarkan diri dengan mana-mana agensi terutamanya yang memilih untuk terlibat dengan misi korban dan agihan daging di luar negara.

Penyertaan korban,wakaf dan akikah di 3 negara :

PASRelief menyeru semua untuk sama-sama menghulurkan infaq bagi membantu meringankan beban penderitaan saudara seIslam kita serata dunia. Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank – 564070614481). Terima kasih.

Liputan Berita PASRELIEF

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

9 hours ago

PASRelief

Hai, sambil-sambil berehat santai bersama keluarga malam ini, jom kita ulang kembali beberapa perkara tentang ibadah korban. Hari Raya Korban sudah hampir tiba.

Rujukan: www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Anda sudah jumpa haiwan ternakan untuk dikorbankan? Apa kata anda berkorban bersama PasRelief? Sambil beribadah sambil bersedekah.

________________________

Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk misi kemanusiaan, boleh berbuat sedemikian melalui PASRelief (Maybank - 564070612333) atau Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank - 564070614481).
... See MoreSee Less

Hai, sambil-sambil berehat santai bersama keluarga malam ini, jom kita ulang kembali beberapa perkara tentang ibadah korban. Hari Raya Korban sudah hampir tiba.

Rujukan: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Anda sudah jumpa haiwan ternakan untuk dikorbankan? Apa kata anda berkorban bersama PasRelief? Sambil beribadah sambil bersedekah.

________________________

Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk misi kemanusiaan, boleh berbuat sedemikian melalui PASRelief (Maybank - 564070612333) atau Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank - 564070614481).

15 hours ago

PASRelief

Pada tahun ini PASRelief terus istiqamah memberi bantuan makanan sempena Misi Ramadhan 1441H khususnya buat muslim Rohingnya di Arakan, Myanmar.

Sumbangan berupa makanan asas seperti beras, minyak masak, bawang, gula, garam, cili, susu dan sebagainya telah disalurkan kepada 250 keluarga di Kampung Hlamashay dan Kampung Thae Chang.

PASRelief dengan bantuan wakil tempatan turut memberi sumbangan buat 50 buah keluarga di wilayah Rathidong yang memakan belanja sebanyak RM 25,000.

Semoga usaha murni kita sedikit sebanyak dapat menggembirakan saudara seagama kita yang menjadi mustad'afin di bumi mereka.

Marilah bersama PASRelief dalam usaha membantu mereka. Semoga usaha kecil ini menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak.

_______________________

Sertai pelaburan saham akhirat bersama PASRelief. Sumbangan boleh dibuat melalui PASRelief (Maybank - 564070612333) atau Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank - 564070614481).

Untuk menyertai Program Korban dan Akikah serta Wakaf Al-Quran, boleh menekan pautan ini
pasrelief.onpay.my/

#misikemanusiaanpasrelief
... See MoreSee Less

Pada tahun ini PASRelief terus istiqamah memberi bantuan makanan sempena Misi Ramadhan 1441H khususnya buat muslim Rohingnya di Arakan, Myanmar.

Sumbangan berupa makanan asas seperti beras, minyak masak, bawang, gula, garam, cili, susu dan sebagainya telah disalurkan kepada 250 keluarga di Kampung Hlamashay dan Kampung Thae Chang.

PASRelief dengan bantuan wakil tempatan turut memberi sumbangan buat 50 buah keluarga di wilayah Rathidong yang memakan belanja sebanyak RM 25,000.

Semoga usaha murni kita sedikit sebanyak dapat menggembirakan saudara seagama kita yang menjadi mustadafin di bumi mereka.

Marilah bersama PASRelief dalam usaha membantu mereka. Semoga usaha kecil ini menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak.

_______________________

Sertai pelaburan saham akhirat bersama PASRelief. Sumbangan boleh dibuat melalui PASRelief (Maybank - 564070612333) atau Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank - 564070614481).

Untuk menyertai Program Korban dan Akikah serta Wakaf Al-Quran, boleh menekan pautan ini
https://pasrelief.onpay.my/

#misikemanusiaanpasrelief

20 hours ago

PASRelief

24 hari menjelang Hari Raya Aidil Adha 1441H

.
Mewakafkan Al Quran merupakan salah satu cara terbaik dalam bersedekah. Lebih-lebih lagi apabila kita mewakafkan Al Quran kepada anak-anak dalam kesusahan yang sedang berusaha dalam pendidikan Al Quran dan ilmu agama.

.
Dengan bayaran hanya RM25 senaskhah. kami ingin membuka peluang untuk anda menjadi sebahagian daripada misi untuk mewakafkan Al Quran kepada saudara-saudara kita yang sedang memerlukan bantuan di Mindanao dan Arakan.

.
“Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui."

[Surah Al-Baqarah Ayat 261]

.
pasrelief.onpay.my

pasrelief.onpay.my

pasrelief.onpay.my

_________________

Sumbangan juga boleh dibuat melalui PASRelief (Maybank - 564070612333) atau Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank - 564070614481).
... See MoreSee Less

24 hari menjelang Hari Raya Aidil Adha 1441H

.
Mewakafkan Al Quran merupakan salah satu cara terbaik dalam bersedekah. Lebih-lebih lagi apabila kita mewakafkan Al Quran kepada anak-anak dalam kesusahan yang sedang berusaha dalam pendidikan Al Quran dan ilmu agama.  

.
Dengan bayaran hanya RM25 senaskhah. kami ingin membuka peluang untuk anda menjadi sebahagian daripada misi untuk mewakafkan Al Quran kepada saudara-saudara kita yang sedang memerlukan bantuan di Mindanao dan Arakan. 

.
“Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui.

[Surah Al-Baqarah Ayat 261]

.
https://pasrelief.onpay.my

https://pasrelief.onpay.my

https://pasrelief.onpay.my

_________________

Sumbangan juga boleh dibuat melalui PASRelief (Maybank - 564070612333) atau Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank - 564070614481).

Comment on Facebook

تقبل الله منكم وصالح الاعمال

1 day ago

PASRelief

Sebut sahaja tentang sedekah, kita semua pasti tahu betapa hebatnya kesan amalan mulia itu. Saban hari, makin ramai yang punya kesedaran untuk bersedekah dek kerana terpaut kepada ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.

.
Konsepnya mudah. Sedekah dalam erti kata lain ialah berkongsi rezeki. Tiada syarat mampu atau tidak, tetapi ianya menyeluruh kepada semua yang ingin merasa apakah keajaiban pabila kita sering bersedekah.

.
Namun, ada juga yang merasa amalan bersedekah ini agak sukar dan mencabar untuk selalu diamalkan. Kadang-kadang kita dihantui rasa tidak cukup bilamana kita telah memberi sebahagian harta kita kepada mereka yang memerlukan.

.
Mari kita cuba tips mudah ini. InsyaaAllah, semoga kita ditiup rasa semangat yang besar untuk istiqamah berkongsi rezeki dengan orang lain hatta menghadiahkan ukir senyuman manis. Bukankah sedekah paling mudah itu senyum? ☺

.
Tips sedekah mudah :

1 - Usah tunggu kita kaya baru nak mulakan sedekah. Sebaliknya, amalkan dahulu seawal kesedaran kita tentang kepentingan bersedekah. Contohnya, hari ini jika ditakdirkan kita berjumpa dengan orang susah ataupun kanak-kanak, terus hulurkan duit apa yang ada ketika itu. Tidak perlu untuk kita pergi ke bank semata-mata mahu keluarkan duit untuk sedekah. Ada RM1 beri RM1.

2 - Sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antara sedekah yang bagus ialah menerusi makanan. Sentiasa ada rasa untuk berbelanja lebih ataupun memasak 'extra' makanan yang bertujuan untuk bersedekah kepada orang lain. Makanan yang disedekah akan menjadi darah daging mereka yang menerimanya dan itulah lubuk pahala kita.

3 - Setiap kali kita bersedekah, sentiasa betulkan niat kerana Allah. Bukan bertujuan untuk dipuji atau mahukan sedekah itu berbalas.

.
Kita digalakkan bersedekah mengikut kemampuan. Sedekah itu tidak dipandang bedasarkan jumlah yang diberi tetapi bedasarkan niat si pemberi. Bersedekahlah asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang di bawah tanggungannya.

.
Rasulullah SAW bersabda:

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

.
Dalam al-Quran, terdapat dalil yang berkaitan sedekah, antaranya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin tidak bertanah lagi. Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan dan ingatlah, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." (Al-Baqarah: 114)

JOM SEDEKAH🤗

.
pasrelief.onpay.my
... See MoreSee Less

Sebut sahaja tentang sedekah, kita semua pasti tahu betapa hebatnya kesan amalan mulia itu. Saban hari, makin ramai yang punya kesedaran untuk bersedekah dek kerana terpaut kepada ganjaran yang dijanjikan Allah SWT. 

.
Konsepnya mudah. Sedekah dalam erti kata lain ialah berkongsi rezeki. Tiada syarat mampu atau tidak, tetapi ianya menyeluruh kepada semua yang ingin merasa apakah keajaiban pabila kita sering bersedekah.

.
Namun, ada juga yang merasa amalan bersedekah ini agak sukar dan mencabar untuk selalu diamalkan. Kadang-kadang kita dihantui rasa tidak cukup bilamana kita telah memberi sebahagian harta kita kepada mereka yang memerlukan. 

.
Mari kita cuba tips mudah ini. InsyaaAllah, semoga kita ditiup rasa semangat yang besar untuk istiqamah berkongsi rezeki dengan orang lain hatta menghadiahkan ukir senyuman manis. Bukankah sedekah paling mudah itu senyum? ☺

.
Tips sedekah mudah :

1 - Usah tunggu kita kaya baru nak mulakan sedekah. Sebaliknya, amalkan dahulu seawal kesedaran kita tentang kepentingan bersedekah. Contohnya, hari ini jika ditakdirkan kita berjumpa dengan orang susah ataupun kanak-kanak, terus hulurkan duit apa yang ada ketika itu. Tidak perlu untuk kita pergi ke bank semata-mata mahu keluarkan duit untuk sedekah. Ada RM1 beri RM1. 

2 - Sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antara sedekah yang bagus ialah menerusi makanan. Sentiasa ada rasa untuk berbelanja lebih ataupun memasak extra makanan yang bertujuan untuk bersedekah kepada orang lain. Makanan yang disedekah akan menjadi darah daging mereka yang menerimanya dan itulah lubuk pahala kita. 

3 - Setiap kali kita bersedekah, sentiasa betulkan niat kerana Allah. Bukan bertujuan untuk dipuji atau mahukan sedekah itu berbalas. 

.
Kita digalakkan bersedekah mengikut kemampuan. Sedekah itu tidak dipandang bedasarkan jumlah yang diberi tetapi bedasarkan niat si pemberi. Bersedekahlah asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang di bawah tanggungannya.

.
Rasulullah SAW bersabda:

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

.
Dalam al-Quran, terdapat dalil yang berkaitan sedekah, antaranya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin tidak bertanah lagi. Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan dan ingatlah, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 114)

JOM SEDEKAH🤗

.
https://pasrelief.onpay.my

2 days ago

PASRelief

[ STRUKTUR JAWATANKUASA PUSAT BANTUAN & KEMANUSIAAN PAS (PASRelief) 2020 ]

Memperkenalkan barisan penggerak PASRelief bagi sesi 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.
... See MoreSee Less

[ STRUKTUR JAWATANKUASA PUSAT BANTUAN & KEMANUSIAAN PAS (PASRelief) 2020 ]

Memperkenalkan barisan penggerak PASRelief bagi sesi 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Comment on Facebook

Al Quran 7:157

Allah is with us

Load more
© Copyright - PAS Relief