Semangat belajar yang begitu mendalam dalam diri mereka. Tidak pernah berputus asa walaupun Quran dan kelengkapan proses pembelajaran tidak mencukupi.
.
Alhamdulillah. Masih lagi ada peluang untuk anak-anak di Madrasah Rawshida Thah Fezule Quran untuk membaca al Quran dengan kitab yang baru dan sempurna.
.
Wakaf yang dilakukan oleh Tuan Puan memberikan nilai yang begitu bermakna dalam diri mereka. Besar sumbangan dan pahala yang telah Tuan Puan infak untuk pembangunan generasi Islam di sana
.
Allah SWT berfirman didalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:
.
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.”
.
InsyaAllah. Kami daripada PASRelief akan selalu mengemaskini wakaf dan sumbangan Tuan Puan. Teruskan menyumbang untuk kami membantu ramai lagi umat Islam yang memerlukan.
.
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Hari ini, wakaf al Quran yang Tuan Puan berikan ada di Madrasah Islamiah Mohiul Uloom Youngshong, Myanmar.
.
Semoga Allah membalas segala sumbangan Tuan Puan dengan pahala yang cukup besar. Lebih-lebih lagi kita telah menyediakan kemudahan kepada orang lain untuk membaca dan mengenal al Quran.
.
Gembira mereka dengan pemberian yang telah lama mereka tunggu. Jom terus menyumbang.
.
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Alhamdulillah, telah selesai satu lagi edaran bagi Program Wakaf Al-Quran di Arakan, Myanmar buat anak-anak yang memerlukan.
.
Kami mendoakan agar hadiah Al-Quran ini dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk belajar di sana.
.
Tidak gembirakan Tuan Puan dengan sedikit wang yang kita salurkan untuk mereka telah dapat menyelamatkan akidah generasi Islam di sana?
.
Sudah pastinya setiap kali mereka membaca, belajar dan menghafal setiap huruf Al-Quran akan memberikan pahala yang besar kepada Tuan Puan yang telah berwakaf untuk mereka.
.
Walaupun sumbangan wang yang kita berikan nampak sedikit. Tetapi ianya memberikan kesan yang begitu besar buat anak-anak di sana.
.
Jazakamullah Khairan
.
“Kami jalankan amanah kalian untuk mereka”
.
Teruskan menyumbang untuk mereka
.

Fiman Allah,
“Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah”
(Surah Al-Munaafiqun:10)

Amalan sedekah tidak terhad kepada orang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah berdasarkan kemampuannya, asalkan lahir daripada hati yang ikhlas.

Amalan sedekah mungkin pada logik matematiknya akan mengurangkan sebahagian harta kita apabila diberikan kepada orang lain, tetapi sebenarnya ia tidak sedemikian dalam pandangan Islam.

Dengan bersedekah, seseorang akan dimurahkan rezeki, terhindar dari bala bencana, dipanjangkan umur dan lain-lain lagi.

Sempena Hari Juma’at yang mulia ini, PASRelief ingin mengajak semua untuk bersedekah bagi meringan beban saudara kita yang memerlukan

PASRelief menyediakan platform yang mudah dan terbaik untuk anda menolong saudara seIslam yang memerlukan dari aspek keperluan harian dan Pendidikan.

Boleh tekan link di bawah untuk menyumbang.
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Tular di media sosial seorang wanita Palestin, Anhar Al-Deek yang ditahan di penjara oleh pihak. Wanita itu yang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka akan melahirkan bayi keduanya di dalam penjara.

Keluarga wanita itu telah membuat rayuan kepada badan antarabangsa supaya masuk campur bagi membolehkan Anhar, 25 tahun dapat melahirkan anak di luar penjara.

Dia sangat tertekan dalam situasi sekelilingnya yang serba kekurangan, tangannya digari dan tanpa keluarga di sisi. Israel hanya membenarkan sekali sahaja suaminya melawat Anhar sepanjang berada dalam penjara.

“Tangan saya bergari dan anda tahu kesukaran melahirkan anak dengan kaedah pembedahan caesarean di luar penjara. Bagaimana saya perlu lalui peristiwa ini sedangkan saya berseorangan di dalam penjara,” luahnya.

Anhar ditahan tentera Israel selepas didakwa cuba melakukan serangan tikaman di sebuah penempatan Israel yang dibina berhampiran bandar yang didiaminya, lima bulan lalu.

PASRelief menyeru organisasi hak asasi manusia dan kedutaan asing untuk bertegas dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel supaya membenarkan Anhar Al-Deek melahirkan bayinya yang kedua di luar penjara.

Inilah hadiah paling besar Palestin buat kita bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64 pada tahun ini.

Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia.

Malaysia Street ini terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini. Pemilihan lokasi ini menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka.

Perasmian jalan pagi tadi disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj, CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.

Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestina!