Inilah hadiah paling besar Palestin buat kita bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64 pada tahun ini.

Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia.

Malaysia Street ini terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini. Pemilihan lokasi ini menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka.

Perasmian jalan pagi tadi disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj, CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.

Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestina!