Kem Balukhali diwujudkan di atas tanah milik kerajaan terletak beberapa kilometer sahaja daripada Kem Kutupalong. Semua 22,000 penghuninya daripada 3,200 keluarga adalah Muhajirin baru, memasuki Bangladesh selepas operasi genocide Myanmar pada Oktober 2016.
.
Tidak ada sebarang kemudahan asas, hanya sebuah tubewell sedang dibina di lereng bukit. Bekalan air diambil dari tubewell lama di sebuah surau di kampung warga tempatan di hadapan kem.
.
Sewaktu kami memasukinya, terdapat agensi UNICEF sedang mengadakan klinik rawatan kepada ibu dan kanak-kanak di sebuah khemah. Manakala sebuah khemah lagi seperti sedang membuat bancian.
.
Tiada surau atau khemah sebagai tempat belajar untuk kanak-kanak seperti di Kuthupalong. Mereka berkeliaran sesama sendiri, mengangkut air, membantu keluarga membina khemah, berkubang dalam debu dan ‘berkelahi’.
.
Jom gandakan sumbangan kepada umat Islam yang memerlukan. kami daripada PASRelief hanya menyediakan platform.
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
PASRelief ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Tuan Nadir Al-Nuri kerana menjadi perantara buat PASRelief dan rakyat P4L3stiin.
.
Sebanyak 97 buah rumah sumbangan PASRelief telah berjaya disiapkan setelah hampir tiga bulan.
Selain projek baik pulih rumah, PASRelief turut menyumbang wang bantuan segera kepada keluarga penduduk yang terkesan bernilai RM1 juta dan sebuah ambulans untuk kegunaan pesakit dan mangsa perang.
.
Terima kasih buat semua penyumbang!
Jom teruskan menyumbang untuk mereka
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
Sejak penghujung 2017, masyarakat Rohingya terpaksa melarikan diri selepas pemerintahan Myanmar melakukan pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya dan menjadikan Bangladesh sebagai destinasi berteduh dan meneruskan hidup.
.
Sebagai saudara seIslam, PASRelief berusaha sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelarian Rohingya.
.
Bantuan sumbangan dari pihak tuan puan diperlukan untuk membantu mereka di sana
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
PASRelief sampai di Syria. Kami tiba di Antakya-Hatay sempadan Turki-Syiria untuk agihan makanan dan selimut berikutan kedatangan musim sejuk. Hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (TKA) sebanyak RM100,000.00.
.
Misi kali ini dapat menyediakan 1,000 set selimut dan 1,200 pek makanan dibawa dengan dua lori kontena. Agihan dibuat di kem-kem di Syria dan di sempadan Turki.
.
Jom bersama dengan kami dalam menyuburkan bantuan kemanusiaan antarabangsa.
.
Boleh tekan link di bawah untuk menyumbang.
Jangan abaikan nasib mereka. Terus ambil peduli tentang keadaan saudara-saudara kita di Yaman.
.
Konflik yang berlaku sejak 2014 menyebabkan anak-anak Yaman terus berada dalam keadaan trauma dan takut. Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa. Keseronokan waktu kecil mereka dirampas sekelip mata.
.
Bantuan dari kita amat diperlukan untuk membantu anak-anak kecil Yaman.
Jom bantu mereka segera
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
Jumlah Muslim di Myanmar paling besar dibandingkan Filipina dan Thailand, jumlahnya sekitar 7 juta hingga 10 juta jiwa. Setengah dari jumlah Muslim Myanmar tersebut berasal dari Arakan, suatu provinsi di Barat Laut Myanmar. Di sebelah Utara, Wilayah Arakan mempunyai perbatasan dengan Bangladesh sepanjang 170 kilometer; di sebelah Barat berbatasan dengan pantai iaitu Laut Andaman.
.
Asal Arakan bernama Rohang. Masyarakatnya disebut Rohingya. Pada 1430 Rohingya menjadi Kesultanan Islam yang didirikan oleh Sultan Sulaiman Syah dengan bantuan masyarakat Muslim di Bengal (sekarang Bangladesh). Kemudian nama Rohingya diganti menjadi Arakan (bentuk jamak dari kata Arab Tukun’ yang bererti tiang/pokok) untuk menegaskan identiti keislaman mereka.
.
Islam mulai datang ke negeri Burma ini dimulai sejak awal hadirnya Islam, iaitu abad ke-7. Saat itu daerah Arakan telah banyak disinggahi oleh para pedagang Arab. Arakan merupakan tempat terkenal bagi para pelaut Arab, Moor, Turki, Moghuls, Asia Tengah, dan Bengal yang datang sebagai pedagang, prajurit, dan ulama. Mereka melalui jalur darat dan laut.
.
Pendatang tersebut banyak yang tinggal di Arakan dan bercampur dengan penduduk setempat. Percampuran suku tersebut terbentuk suku baru, iaitu suku Rohingya. Oleh karena itu, Muslim Rohingya yang menetap di Arakan sudah ada sejak abad ke-7.
.
Para pedagang yang singgah di pantai pesisir Burma mulai menggunakan pesisir pantai dari Negara Burma (Myanmar) sebagai. pusat persinggahan dan juga dapat dijadikan sebagai sebuah tempat pembuatan kapal.
Dapat diketahui bahwa Islam mulai masuk ke Burma dibawa oleh para pedagang Muslim yang singgah di pesisir pantai Burma. Pada masa kekuasaan perdagangan Muslim di Asia Tenggara mencapai puncaknya, hingga sekitar abad ke-17, kota-kota di pesisir Burma masuk dalam jaringan dagang kaum Muslim yang lebih luas.
.
Mereka tidak hanya aktif di bidang perdagangan, melainkan juga dalam pembuatan dan pembaikan kapal. Suatu ketika di abad ke-17 sebahagian besar wilayah yang terletak di jalur perdagangan dari Mergui sampai Ayutthaya dipimpin oleh Gabenor Muslim dengan para pemerintah tertingginya juga Muslim.
.
Jom gandakan sumbangan kepada umat Islam yang memerlukan. kami daripada PASRelief hanya menyediakan platform.
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
Kebanyakan mereka tidak memiliki sumber pendapatan untuk membeli makanan. PASRelief sentiasa mengirimkan sumbangan untuk meringankan beban mereka
.
Sumbangan yang dikirimkan kepada mereka adalah hasil sumbangan dari pihak tuan puan semua. Terima kasih kerana menyumbang untuk mereka
.
Jom kita teruskan menumbang untuk mereka. Sumbangan dari kita semua sangat dinantikan mereka
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
3 Pegangan penduduk Gaza
.
1. ‘live every day to the fullest’, sebab esok tidak tahu lagi nyawa panjang atau tidak.
.
2. ‘It’s the small things that matter’, kecil macam mana pun nikmat, kena disyukuri seolah-olah dapat sebesar-besar perkara.
.
3. ‘Don’t take anything for granted’ sebab rezeki tidak pernah salah alamat, sama ada dalam bentuk kesihatan, makanan yang cukup, anak yang menghiburkan dan lain-lain.
.
Jom gandakan sumbangan kepada umat Islam yang memerlukan. kami daripada PASRelief hanya menyediakan platform.
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
Rakyat Syria adalah saudara kita.
.
Huluran sumbangan bantuan kita buat mereka sangatlah beerti kerana ia dapat meringankan beban mereka yang ditanggung selama ini.
.
Bukan mudah melalui kehidupan seperti mereka. Tapi dengan adanya doa dan bantuan yang berterusan dari kita, dapatlah mereka bertahan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
.
Jom gandakan sumbangan kita buat mereka.
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar”
Al-Israa’ ayat 9
.
Allah menyatakan keistimewaan-keistimewaan kitab-Nya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ iaitu kitab Al-Quran
.
Antara keistimewaan Al-Quran yang disebutkan dalam Surah Al-Israa’ ayat 9 ini adalah :
Pertama, Al-Quran memberi petunjuk kepada orang yang menjadikannya sebagai pedoman ke jalan yang lurus.
.
Kedua, Al-Quran memberi khabar gembira kepada orang yang berbuat amal baik, melakukan apa saja yang diperintahkan Allah, dan menghindarkan diri dari berbuat sesuatu yang dilarang-Nya.
.
Khabar gembira itu berupa pahala yang berlimpah yang akan diterima di akhirat, sebagai imbalan dari amal soleh yang mereka lakukan di dunia.
.
Jom lakukan amal soleh dengan mewakafkan Al-Quran kepada pelajar-pelajar di Arakan, Myanmar
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang