Bagaimana dengan penyertaan ibadah korban teman-teman pada tahun ini? Pastinya sekarang adalah waktu genting untuk mendaftarkan diri dengan mana-mana agensi terutamanya yang memilih untuk terlibat dengan misi korban dan agihan daging di luar negara.

Meskipun kita tidak dibenarkan ke luar negara, wakil PASRelief sedia membantu di sana. Teman-teman boleh memilih mana-mana pakej sumbangan yang ditawarkan. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama PASRelief pada tahun ini menerusi misi korban dan akikah di Arakan Myanmar serta Mindanao Filipina.

Selain memberi kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan, ibadat korban sebenarnya adalah manifestasi kepatuhan hamba kepada perintah Allah SWT kerana bukan semua bersedia untuk memberi atau berkongsi apa yang dimilikinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanku ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah diri kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” (Surah al-Hajj, ayat 34)

Semoga ibadat korban dapat dihayati dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Masih tidak terlambat untuk saudara dan saudari bersama PASRelief. Sumbangan boleh disalurkan menerusi Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank – 564070614481).

Bagaimana dengan penyertaan ibadah korban teman-teman pada tahun ini? Pastinya sekarang adalah waktu genting untuk…

Posted by PASRelief on Isnin, 15 Jun 2020

 

Kelaparan mengancam nyawa ribuan Muslim Rohingya yang memilih bertahan dalam kampung mereka di Arakan. Sebahagiannya tidak mampu menjadi pelarian yang perlu melakukan perjalanan jauh untuk mencari sumber meneruskan kehidupan.

 

Sejak 2017 PASRelief tidak putus mengumpul dana bagi menyempurnakan misi pada bulan Ramadhan dengan menyediakan pakej makanan iftar untuk Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar.

 

Pek makanan yang mengandungi keperluan harian seperti beras, minyak masak, bawang, gula, garam, cili, susu dan lain-lain telah memberi manfaat kepada 250 keluarga di Kampung Hlamashay dan Kampung Thae Chaung pada Ramadhan tahun ini.

 

Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Percayalah bahawa tidak akan berkurang harta sekiranya kita berkongsi dengan orang lain, bahkan pahala tersebut kekal di akhirat nanti. Insya-Allah.

 

PASRelief menyeru seluruh Rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk keperluan harian atau wang ringgit kepada saudara kita di Arakan bagi meringankan beban penderitaan saudara seIslam kita serata dunia.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank – 564070614481). Terima kasih.

Kedatangan terakhir PASRelief ke sini adalah pada Januari tahun lepas menguruskan pembinaan dan operasi Madrasah Norazli Musa di samping 35 sekolah dan madrasah yang sedia ada.

Misi ke kem pelarian Kutupalong dan Balukhali di Cox’s Bazaar serta di Arakan Myanmar adalah ketika Aidil Adha pada Julai-Ogos tahun lalu, tapi tanpa kehadiran, hanya mengirim sumbangan peserta Qurban & Akikah dan derma orang ramai melalui rangkaian PASRelief di sini dan di Arakan.

Alhamdulillah, rakan-rakan yang menjadi rangkaian PASRelief kekal istiqamah menguruskan madrasah, sekolah dan menguruskan kebajikan pelarian Muslim Rohingya dengan sumbangan berterusan PASRelief dan beberapa NGO lain dari beberapa negara.

CHA (Coorporation For Humanitarian Activities) NGO tempatan ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan mahasiswa Univetsiti Islam Antarabangsa Chittagong yang pernah memimpin pertubuhan mahasiswa Rohingya -Ittihad Tullab Muslimin Arakan (ITM).

Selain menjadi rakan kerjasama PASRelief sejak 2017, mereka merantau ke beberapa negara, mengadakan kerjasama dengan beberapa pertubuhan, mencari dana bagi membiayai aktiviti kebajikan dan pendidikan di kem pelarian Muslim Rohingya di Cox’s Bazaar dan Arakan. CHA kini dipimpin oleh Brother Salim Ullah sebagai Pengarah.

Misi 16-19 Febuari 2020 ini hanya disertai dua wakil PASRelief, saya (Pengerusi) dan YB Ust Mohd Yusni Mat Piah (Pengarah).

Misi kali ini adalah membiayai gaji bulanan guru-guru sekolah dan madrasah PASRelief seramai 42 orang, selama 6 bulan melibatkan peruntukan RM75,600.00. Sekolah-sekolah PASRelief dan beberapa NGO lain yang sedang diuruskan oleh CHA sedang mendidik lebih 5000 pelajar anak-anak pelarian. Antara sekolah tersebut adalah Madrasah Ustaz Norazli Musa dan Madrasah Darul Iman sumbangan PAS Terengganu.

PASRelief juga memulakan program baru iaitu membiayai 50 anak yatim yang menumpang di khemah milik saudara mara, rakan keluarga atau jiran lama di Arakan selama 3 bulan. Buat permulaan sumbangan RM100 sebulan untuk mereka dan keluarga yang mereka menumpang. Dana awal RM15,000 diserahkan kepada CHA untuk program ini. CHA sedang menyara 200 anak yatim sejak beberapa tahun lalu.

Program ini akan diteruskan untuknlebih ramai anak yatim selagi dana orang ramai terus mengalir ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief (Maybank 5640 7061 1352 atau 5640 7061 2333).

Jumlah anak yatim piatu yang direkodkan di Kem Kutupalong dan Balukhali sahaja sekitar 21,000 orang. Anak yatim yang hanya mempunyai ibu dan adik beradik lain jauh lebih ramai daripada itu. Semuanya bersesak di kempelarian seluas 733 hektar- kem pelarian terbesar di dunia.

60% daripada lebih sejuta penghuni kem pelarian di sini adalah kanak-kanak. Masa depan mereka adalah masa depan kita. Pendidikan adalah penawar paling mujarab bagi derita Muslim Rohingya sejak dipadam daripada peta kemanusiaan yang dimulakan penjajah sebelum tahun 1948.

Esok kami akan memasuki kem untuk bertemu anak-anak yatim, meninjau sekolah-sekolah dan membayar gaji guru-guru.

Muhammad Sanusi Md Nor

Pengerusi PASRelief

Cox’ Bazaar, Bangladesh.

17/2/2020

16.0 16-19 Febuari 2020

SUMBANGAN DANA KEMANUSIAAN, PENDIDIKAN & KEBAJIKAN – ROHINGYA

 

◼ Etnik Rohingya menghadapi krisis kemanusiaan akibat penindasan, kemiskinan & kebuluran….

◼ Sejak 2017, PASRELIEF telah berjaya membina 35 buah sekolah/madrasah bagi memberi pendidikan untuk anak-anak Rohingya…

◼ Kos Operasi bagi 35 buah sekolah/madrasah meliputi gaji 70 orang guru, alat tulis, buku dan kos penyelenggaraan…

◼ Guru-guru pula terpaksa bergerak dari satu sekolah ke sekolah yang lain di dalam kem yang berbeza-beza.

MISI KALI INI, MEMFOKUSKAN :

🔴 Bayar gaji guru-guru di Sekolah & beberapa madrasah ◼ -Jumlah Pelajar 1300 Org & Guru2 35 org.

◼ -Dana diperlukan utk gaji guru bagi setahun 35 x 300 x 12 = RM 126k.

🔴 Keperluan Lain :

◼Sumbangan baikpulih kerosakan sekolah/madrasah yang dibangukan oleh PASRelief…

◼Bantuan makanan RM100 (per pack)

◼Sumbangan Pakaian kanak2

◼Sumbangan Alat tulis

◼Bantuan tunai untuk balu dan anak yatim syuhada’ Arakan

==============================

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN…. secara Online melalui : https://pasrelief.jomdonate.com/rohingya atau melalui akaun

Maybank Islamic: 🏦 TABUNG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA : 564070611352

🏦 PASRELIEF : 564070612333

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi :

▪ Ustaz Mohd Yusni Mat Piah 📞 +60194500660

▪ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah 📞+60199894125

▪ Puan Norhafiza bt. Fadzil 📞+60183854483

▪ Haji Muhammad Yunus Mahaiyuddin 📞+601120775802

📧 Email : pasrelief@pas.org.my ==============================

LIKE | FOLLOW | COMMENT | SHARE https://www.facebook.com/pasrelieff/

Kenyataan Media Khas
Delegasi PAS
Misi Food Flotilla For Rohingya Myanmar (FFFM) 18 Februari 2017

1. PAS bersetuju bahawa FFFM telah mencapai matlamat utamanya iaitu membuka mata masyarakat dunia terhadap penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya di tanah air mereka sendiri dan di kem-kem pelarian di negara asing, seperti di Bangladesh dan di wilayah-wilayah dalam Rakhine State sendiri seperti di Sittwe dan kawasan-kawasan lain.
2. PAS menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera tampil mencari penyelesaian untuk menyelamatkan satu krisis kemanusian yang kritikal di Myanmar. Negara-negara serantau yang turut terheret menerima kebanjiran pelarian dan negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Myanmar perlu memberi tekanan kepada Myanmar supaya mereka segera menghentikan kekejaman yang dikenakan kepada etnik Rohingya.
3. Negara-negara di dunia termasuk Malaysia yang memiliki kepentingan pelaburan di Myanmar patut mempertimbangkan penglibatan mereka di Myanmar sehingga operasi penghapusan etnik yang sedang dikenakan kepada Rohingya dihentikan.
4. OIC tidak boleh terus beretorik dengan penganjuran persidangan demi persidangan, perbincangan demi perbincangan tanpa sebarang tindakan. Rohingya adalah sebahagian umat Islam yang sedang dizalimi, seolah-olah sebuah negara ‘haram Israel’ yang baru sedang dibina di atas tanah orang ‘Palestin’ Rohingya yang dibunuh dan dihalau. Berdasarkan sejarah, Rohingya adalah penduduk asal Arakan yang memiliki kerajaan dan kedaulatan mereka sendiri sebelum dijajah pada 1784 oleh Burma dan kemudiannya Inggeris. Kesilapan lampau oleh Inggeris dan Myanmar (Burma) dalam sejarah kemerdekaan Arakan yang dimasukkan ke dalam Myanmar perlu diperbetulkan. Hal ini boleh diusahakan oleh OIC.
5. Pengalaman kami bersama FFFM memberikan isyarat bahawa Malaysia seolah-olah telah kehilangan ‘taring’ diplomatik apabila FFFM yang diuruskan dengan penglibatan pihak kedutaan Malaysia tidak dibenarkan sama sekali memasuki kota utama Rakhine State (Arakan), Sittwe, yang didiami oleh ratusan ribu Rohingya di kem-kem pelarian. Demikian juga sukarelawan dan sebahagian petugas media gagal memasuki Teknaf, Leda, Kutupalong dan Cox’s Bazaar di Bangladesh, lokasi utama kem-kem pelarian Rohingya.
6. Walaupun sebagai anggota Asean dan memiliki kepentingan dalam hubungan diplomatik, pelaburan dan perdagangan, Myanmar tidak membuka pintu sebenar yang kita ingin masuki dalam isu Rohingya. Demikian juga Bangladesh yang mempunyai hubungan dalam OIC, tetap mengelak untuk menunjukkan rupa sebenar layanan mereka kepada Rohingya di kem-kem pelarian. Walaubagaimanapun, penerimaan dua negara tersebut kepada kapal FFFM berlabuh di Yangoon (Myanmar) dan Chittagong (Bangladesh) adalah satu pencapaian yang baik kepada FFFM.

7. Kami ingin mencadangkan agar pihak Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di dua negara terbabit sentiasa peka dan mengambil berat terhadap perkembangan semasa Muslim Rohingya agar memudahkan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka pada setiap masa. Kerjasama agensi Malaysia di sana am.at mustahak untuk pihak NGO dan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab agama dan kemanusiaan terhadap mangsa kezaliman dan penindasan.
8. PAS akan meneruskan misi membantu Muslim Rohingya di kem-kem pelarian dan penempatan sementara di Rakhine State (Arakan) dan Bangladesh melalui penghantaran bantuan kemanusiaan dari masa ke semasa. Kami memutuskan akan kembali semula ke lokasi tersebut seberapa segera untuk melakukan aktiviti agihan makanan asas, peralatan khemah kediaman, membina telaga tiub untuk bekalan air, membina bangunan sekolah untuk kanak-kanak dan projek bekalan tenaga elektrik mengguna panel solar.
9. Kami menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS (Maybank: 5640 7061 1352) untuk menjayakan program bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya.
10. Kami mendoakan kapal MV Nautical Aliya dan sukarelawan FFFM yang dipimpin oleh Presiden MAPIM Hj Mohd Azmi Abdul Hamid, yang masih dalam pelayaran pulang selamat tiba ke tanahair dan dijangka pada 22 Febuari nanti. Cetusan idea flotilla daripada beliau sejak 2012 telah mendorong usaha gigih melaksanakan misi besar ini.
11. PAS merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan MAPIM yang terbabit dan terus membantu muslim Rohingya melalui misi FFFM kali ini, termasuk usaha-usaha sebelum ini dan rancangan akan datang.

“Hentikan Operasi Penghapusan Etnik Rohingya”

“Inilah Penyelesaian Kita”
Sekian.

Muhammad Sanusi Md Nor
(AJK PAS Pusat -Ketua Delegasi)
Nuridah Mohd Salleh
(Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia)
Muhammad Khalil Abdul Hadi
(Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia)
Dato’ Siti Ashah Ghazali
(Exco Dewan Muslimat PAS Malaysia -Advance Team FFFM)
Ahmad Marzuk Shaary
(Ahli Parlimen Malaysia -Advance Team FFFM)

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 14 Januari 2017 bersetuju untuk menghantar delegasi mewakili PAS bagi menyertai Food Flotilla For Myanmar (FFFM) yang dijadual bertolak ke Myanmar pada 3 Februari 2017.
Program anjuran bersama MAPIM dan NGO-NGO tempatan dan antarabangsa itu dijangka tiba di Myanmar pada 9 Februari selepas pelayaran selama 6 hari. PAS akan bersama MAPIM, Yayasan Amal Malaysia, Kelab Putra !Malaysia dan semua NGO tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan misi bersejarah itu.
Mesyuarat ini juga bersetuju telah melantik Haji Muhammad Sanusi Md Nor (AJK PAS Pusat) bagi mengetuai delegasi daripada PAS dalam misi tersebut, dan turut dianggotai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua DPPM) dan Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (Exco DMPM) dan beberapa pimpinan PAS.
Mengapa PAS sertai FFFM?
Firman Allah swt bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (Al-Maidah: 2)

Ada pihak menyoal langkah PAS menyertai FFFM, sedangkan mereka tidak pula mahu menyoal pihak yang tidak menyertainya, malah ada pihak yang tak pernah peduli pun berkaitan muslim rohingya dan derita mereka.
Food Flotilla itu bukanlah tentang siapa yang mengertainya, tetapi mengenai Muslim Rohingya yang sedang dibunuh, disiksa, diusir, dibakar rumah-rumah kediaman dan masjid-masjid mereka. Daripada populasi berjumlah empat juta jiwa di Arakan (Rakhine State), kini hanya tinggal tidak lebih daripada 700 ribu yang masih hidup di wilayah itu, selebihnya menjadi pelarian di serata dunia, ramai juga yang hilang dan berkubur di lautan.
Food Flotilla bagi PAS bukanlah sekadar perihal ribuan tan makanan yang dibawa untuk diserahkan kepada mereka sebagai penyambung nyawa, tetapi bermatlamat membuka mata masyarakat dunia terhadap kesengsaraan Muslim Rohingya yang sedang dibantai gerakan Ashin Wirathu yang mengepalai gerakan 969, pelampau Rakhine dan regim Myanmar.
Malah, Food Flotilla bertujuan membuka mata masyarakat dunia terhadap sejarah kerajaan Islam yang berdaulat di Arakan sejak kurun ke-8, penjajahan Inggeris dan Jepun, diikuti empat isu besar berkait etnik Rohingya yang dilucutkan kerakyatan melalui U ndang-undang (Akta) Kewarganegaraan 1982. Sejak merdeka daripada penjajahan Inggeris pada 1948, nasib Muslim Rohingya telah terumbang-ambing.

Peserta daripada PAS:

1. Muhammad Sanusi Md Nor- Ketua Delegasi
2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh
3. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
4. Izwan Abdul Halim
5. YB Dato’ Siti Ashah Ghazali
6. Sazali Su din
7. Syarifah Rashida Syed Idrus
8. Sha bu din Md Nor
9. Amani Ramli

KENYATAAN MEDIA
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA
23 Safar 1438H I 23 November 2016
“Segera Sekat Kerakusan Myanmar Zalimi Etnik Minoriti Rohingya”

1. Myanmar yang baharu hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak. Tindakan membunuh, menyiksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan.
2. Kelakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.
3. Tanpa campur tangan badan dunia dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani penyelesaian segera.
4. Junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India. Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.
5. PAS menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung. PAS juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar.

“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS