Posts

Kegiatan kemanusiaan membawa kelegaan yang sangat diperlukan kepada insan insan yang menderita, tersepit, menempuh kepayahan akibat perbuatan manusia atau bencana alam.
.
Di sana mangsa-mangsa meletakkan harapan, kasih sayang, kepercayaan dan penghargaan kepada aktivis kemanusiaan dan pertubuhannya. Di sana juga agenda gerakan kemanusiaan disemai dan dihidupkan.
.
PASRelief bersama gerakan Islam seluruh dunia berganding bahu mengisi ruang yang ada untuk membawa rahmat Islam kepada seluruh alam. Kehadiran PASRelief dalam kegiatan kemanusiaan selaras dengan syariat Islam untuk menyalakan obor Islam membantu sesama insan, menyelamatkan nyawa, meringankan derita, memberi perlindungan, makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan serta mengembangkan kebaikan dan kebajikan.
Apatah lagi, dewasa ini, kebanyakan subjek humanitarianisme adalah umat Islam sendiri yang menjadi mangsa dalam peperangan, penindasan, penghapusan etnik, genocide, penjajahan dan bencana alam.
.
Sumbangan kebajikan dan curahan kasih sayang ini kami sampaikan daripada Tuan Puan kepada mereka. Jom menyumbang bersama dengan kami. Boleh tekan link di bawah.
Profesion sebagai seorang guru adalah antara bidang pekerjaan yang mulia. Guru mempunyai darjat dan martabat yang tinggi, di mana kalimah keramat gelaran cikgu atau ustaz sentiasa abadi dalam kehidupan guru dan tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat.
Walaupun mereka sudah lama bersara. Panggilan guru tersebut akan kekal sehingga ke liang lahad dan pasti dibawa bersama.
Pada masa kini, memegang status sebagai seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah. Realiti pada hari ini, menjadi seorang guru bermaksud individu tersebut perlu berhadapan dengan kerenah serta perangai pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan pelajar-pelajar.
Ianya bukanlah satu perkara yang mudah, namun memerlukan kepada kesabaran dan kesungguhan dalam mendidik generasi yang terbaik.
Tidak lupa juga kebajikan mereka untuk keluarga. Alhamdulillah kami daripada PASRelief bukan sahaja mementingkan pembinaan sekolah al Quran secara fizikal. Tapi, termasuk juga dengan keperluan pelajar dan guru di sana.
Sumbangan Tuan Puan dapat kami salurkan kepada guru-guru yang tidak pernah jemu dan sangat bersemangat bagi membina generasi al Quran di Cox’s Bazar.
Sumbangan ini perlu diteruskan. Jom bersama dengan kami bagi menjaga kebajikan guru al Quran di sana. Tekan link di bawah untuk menyumbang.