Posts

Perkembangan gerakan kemanusiaan di barat lewat abad ke 19 dan awal abad ke 20 menimbulkan ideologi tidak rasmi dipanggil humanitarianisme.
Seterusnya melahirkan prinsip-prinsip gerakan kemanusiaan yang diiktiraf oleh Resolusi 46/182 Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-humanity, impartiality, neutrality, indipendence.
Di seluruh dunia, humanitarianisme digerakkan oleh NGO, NGA, pertubuhan sukarela, syarikat multinational, proksi kerajaan, pertubuhan agama, pendakwah dan lain-lain. Ada yang terserlah dan terbuka kerja kemanusiaan mereka, tidak kurang pula yang berselindung di sebalik aktiviti humanitarian untuk tujuan mereka sendiri.
Pengalaman PASRelief di Arakan dan Bangladesh dalam krisis pelarian Muslim Rohingya dan konflik dengan junta Myanmar menyingkap banyak hal tentang bantuan kemanusiaan beragenda oleh gerakan humanitarianisme antarabangsa.
Di sebalik sekolah, khemah kediaman, klinik kesihatan, pendidikan kanak-kanak, bantuan makanan, bekalan air dan lain-lain aktiviti yang popular dalam kemanusiaan antarabangsa – kerajaan dan pelabur mereka mempunyai kepentingan di atas tanah yang dikosongkan oleh pelarian dengan projek ekonomi berskala besar.
Aktivis mereka adalah mubaligh yang dibiayai oleh gerakan kristianisasi antarabangsa, dengan dana ratusan juta dolar.
Jom, sama-sama kita menyumbang untuk mereka. Menguatkan umat Islam antara satu sama lain. boleh tekan link di bawah untuk menyumbang.