100 KELUARGA TELAH MENERIMA HASIL SUMBANGAN ANDA
Alhamdulillah, pada Ahad 1 Disember 2024, delegasi PASRelief dan Warga Cakna telah melaksanakan aqiqah di Borama, Somaliland. Sebanyak 2 ekor lembu telah disembelih untuk diagihkan dan diberi makan buat penduduk disana.
Manakala, seramai 100 keluarga telah menerima foodpack hasil usaha bersama PASRelief dan Warga Cakna bersama sokongan penuh dari anda semua.
PASRelief ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta aqiqah dan penyumbang yang dermawan sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan misi kali ini.
Anda bukan sahaja mengisi perut yang lapar, tetapi juga memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi asbab pahala yang berpanjangan.
_____________________________________

