Entries by Iffah

HIDANGAN MAKANAN KELUARGA YAMAN

Makanan adalah keperluan harian kita semua untuk meneruskan kehidupan. Makanan juga dapat membekalkan tenaga untuk kita meneruskan kerja-kerja seharian kita. Begitu juga saudara kita di Yaman. Mereka perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan mereka. Moga dengan bantuan makanan PASRelief ini dapat mengisi perut mereka yang kelaparan. Jom terus bantu saudara kita di sana. PASRelief menyediakan platform […]

TRIVIA BALUKHALI MENYELAMI KEHIDUPAN MEREKA

Balukhali antara dua kem pelarian utama di daerah Ukhia di bawah Cox’s Bazar selain Kutupalong. Terdapat lebih daripada 250,000 pelarian di Kutupalong dan Balukhali yang dikawal pihak tentera Bangladesh. Pelarian “tidak bernegara” dari barat Myanmar itu mengharapkan bantuan makanan dan ubat-ubatan untuk meneruskan hidup di kem pelarian berkenaan, terutama dari Malaysia dan negara lain yang […]

SUMBANGAN KHAS BUAT ANAK SYRIA

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Kanak-kanak berumur 9 tahun ini matanya ditembusi peluru. Peluru masuk dari mata kanan dan tembus ke mata kiri Kepedihan dan kesakitan yang dirasai saat peluru menembusi tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya Un altro principio attivo molto utilizzato è il butamirato o di cui erano dipendenti in prima battuta […]

TIPS SERONOK MEMBACA AL-QURAN

Membaca Al-Quran perlulah menjadi rutin seharian kita. Bahagimana mahu seronok dalam membaca Al-Quran ? 1. Niat Niat yang ikhlas akan membantu memberi kekuatan dan istiqamah dalam membaca Al-Quran. Berdoa juga supaya dikurniakan rasa seronok sewaktu baca Al-Quran. 2. Membaca bersama rakan Cari rakan yang sekepala. Rakan yang mahu memperbaiki bacaan bersama-sama kita. 3. Melihat terjemahan […]

TERUSKAN MEMBANTU SAUDARA KITA

Ini tanggungjawab kita terhadap saudara seagama dan kemanusiaan…. Di awal pagi, kami memulakan perjalanan ke bumi Yaman. membawa sumbangan rakyat Malaysia untuk kanak-kanak, wanita, orang tua dan mangsa perang yang sedang diancam kebuluran di kem pelarian di Maarib dan Al-Jawf. Deligasi PASRelief yang selamat tiba di Seiyun, kota tengah negara bergolak- Yaman. Di sini, Pengarah […]

DANA BANGUNAN PUSAT ISLAM ARSAL

Bangunan yang didirikan sebanyak 3 tingkat ini adalah untuk kegunaan penduduk setempat. Tingkat pertama adalah masjid. Tingkat kedua dibiyai oleh Ngo Turki. Manakala tingkat ketiga dibiyai oleh Aid4Lebanon. Bangunan tersebut akan dijadikan sebagai Pusat Islam Centre. Pusat Islam tersebut akan dimanfaatkan untuk pelarian Syria, pelarian P4L3tiin dan rakyat Lebanon sendiri. PASRelief bertanggungjawab dalam membentuk sekretariat […]

ANAK ARAKAN HAFIZ QURAN

Alhamdulillah, mereka ini adalah pelajar-pelajar daripada Madrasah yang telah dibina oleh PASRelief dan anak-anak ini sudah berjaya menghafal 30 Juz Al-Quran. Kagum, terharu dan bermacam-macam perasaan bercampur aduk. Semoga mengalir pahala berterusan asbab daripada sumbangan yang telah kita hulurkan, In Shaa Allah. Abu Umamah Al-Bahily R.A. berkata “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda “ Bacalah […]

REZEKI BUAT ANAK P4L3SSTIIN

Allah mengingatkan kita bahawa rezeki yang kita dapat itu adalah daripada pemberian Dia juga. Dalam rezeki kita, terselit juga rezeki orang lain di situ. Jadi dengan rezeki yang kita dapat, perlulah berkongsi kepada yang memerlukan juga. Semasa di dunia, kita boleh dapat rezeki dengan usaha kita dan dengan pertolongan daripada orang lain. Maka pada waktu […]

#TRIVIA. KOTA TERTUA DI DUNIA

Damsyik merupakan antara kota tertua dunia yang terus dihuni sejak awal kewujudannya. Banyak binaan bangunan usang dari zaman pentadbiran Umayyah masih kekal digunakan dan bersimulasi dengan struktur baharu yang mirip dibina dari segi rekaan, material dan warna supaya tidak merosakkan nilai budaya dan estetika keseluruhan kota tersebut. Laluan masuk ke Souq Al-Hamidiyah antara contoh binaan […]

KEBAJIKAN GURU MADRASAH TERUS TERJAGA

Aspek untuk memastikan madrasah-madrasah yang dibangunkan perlu sentiasa berada di hadapan dan terbaik, kebajikan para guru perlulah sentiasa terjaga Misi kemanusiaan PASRelief bukan hanya sekadar bantuan agihkan makanan dan wakaf Al-Quran sahaja yang disalurkan, tetapi gaji para guru Madrasah juga diagihkan. Alhamdulillah, telah selesai misi baru-baru ini iaitu pembiayaan gaji bulanan guru-guru sekolah dan madrasah […]