Sistem pendidikan sangat penting bagi sebuah negara atau tamadun Islam. Hanya dengan pendidikan dan ilmu dapat mengubah modal insan menjadi lebih berharga dan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan.
.
Ilmu juga dapat membimbing diri dan masyarakat ke jalan menuju redha Allah. Empayar Islam pernah mengalami satu zaman kegemilangan dalam pembudayaan ilmu, sehingga mereka dapat melahirkan ramai cendekiawan yang hebat.
.
Perpustakaan ‘Baitul Hikmah’ tidak asing lagi dalam sejarah peradaban Islam. Selalu sahaja kisah bersejarah ini dibahas dan didiskusikan oleh cendekiawan pada zaman kini. Apa yang istimewanya Baitul Hikmah?
Bait – bermaksud sebuah bangunan atau rumah.
Hikmah – bermaksud kebijaksanaan.
.
Baitul Hikmah dibina oleh Khalifah Harun Ar Rasyid yang memerintah kerajaan Abbasiyah pada tahun 786 sehingga 809 Masihi. Kemudian legasi keilmuan ini disambung oleh Khalifah Al Ma’mun yang memerintah pada 813 sehingga 833 Masihi.
.
Khalifah al Ma’mun mengumpulkan seluruh cendekiawan dari seluruh dunia di Baitul Hikmah untuk melakukan proses penterjemahan karya-karya ilmu yang ada. Selain itu, beliau juga suka berdiskusi dengan cendekiawan di Baitul Hikmah bagi mengembangkan lagi proses ilmu.
.
Setiap cendekiawan ditanggung kos kehidupannya oleh Al Ma’mun. Bahkan Al Ma’mun mengupah para ilmuwan untuk mengembara ke seluruh dunia dan segala tamadun yang diketahui pada ketika itu. Seterusnya, mereka mengutip khazanah ilmu di sana lalu dibawa pulang ke Baitul Hikmah untuk diterjemahkan dalam Bahasa Arab.
.
Begitulah proses dalam menuntut ilmu. Memerlukan wang dan duit sebagai alat untuk melalui proses pembelajaran, bukannya matlamat untuk dikejar oleh mereka. Kitab, kos perjalanan, keperluan harian seperti makan dan minum merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian kepada mereka.
.
Untung dan indahnya Islam ada zakat, wakaf dan sedekah merupakan kekuatan dalam ekonomi Islam. Dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang memerlukan.
.
Kami daripada PASRelief ingin menjemput Tuan Puan dalam projek Wakaf al Quran dan Tajaan Pelajar di Cox’s Bazar dan Yaman. Sumbangan Tuan Puan sangat bermakna pada mereka untuk meneruskan proses pembelajaran dan menuntut ilmu.
.
Tuan Puan boleh tekan link di bawah untuk menyumbang.