BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Lihatlah keadaan saudara-saudara kita di Lubnan. Mereka tetap berjuang walaupun selepas tempat tinggal, sumber pendapatan, dan infrastruktur musnah dalam sekelip mata.
Untuk bangkit semula bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi ketika musim sejuk yang menggigit tubuh.
Tuan Puan, inilah masanya kita bersama-sama menghulurkan tangan dan meringankan beban mereka.

Alhamdulillah, pada 18 Januari 2025, delegasi PASRelief yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief telah tiba di pinggir kota Beirut, Lubnan untuk menyampaikan pek makanan dan juga kain selimut sebagai persediaan menghadapi musim sejuk. Walaupun kecil di mata kita, sumbangan ini sangat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
PASRelief mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang dermawan kerana telah bersama kami dalam menjayakan misi ini.
Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua dan mempermudah urusan mereka di sana ![]()
__________________________________
๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-kecemasan-lubnan-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief :ย http://www.wasap.my/60175001144/





