BERKAT SUMBANGAN ANDA
“Mereka sangat bersyukur atas ziarah dan kenduri rakyat yang PASRelief laksanakan.”
Alhamdulillah, delegasi PASRelief bersama dengan NGO An Nasr Care telah pun selamat kembali pada 27 Julai 2024 selepas misi kemanusiaan di Mindanao.
Pada hari Jumaat 26 Julai 2024, delegasi PASRelief telah melaksanakan aqiqah dan kenduri rakyat bersama para penduduk di sana.
PASRelief ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga setiap apa yang kita keluarkan di jalan Allah menjadi saksi untuk kita di akhirat sana
Terima kasih juga kepada penyumbang yang prihatin terhadap saudara seIslam di sana dan kepada peserta aqiqah yang sudi sertai aqiqah kali ini.
Sekiranya tuan puan berminat ingin melakukan aqiqah di Mindanao, boleh terus maklumkan kepada PASRelief agar dapat kami realisasikan impian tuan puan.

