Peristiwa Nakbah lambang bagaimana kezaliman dilakukan terhadap Palestin, iaitu kerakusan rejim zionis merampas tanah milik rakyat Palestin demi mendirikan negara untuk bangsa Yahudi iaitu Israel.
Peristiwa yang sentiasa segar dalam ingatan umat Islam seluruh dunia. Maruah Islam terus diperjuangkan walau diasak dengan tekanan namun, tidak sekali untuk berputus asa.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri. Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas ¥ahudi Zionis yang telah bertindak kejam terhadap rakyat Palestin, kira-kira 134,000 rakyat Palestin dan Arab telah terbunuh di dalam dan luar Palestin.
Sejak 7 Oktober 2023 sahaja, perang Taufan Al-Aqsa yang berlaku telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 35,034 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, dengan 14,944 daripada mereka adalah kanak-kanak dan 9,849 wanita.
Mayat kira-kira 7,000 orang masih belum ditemui. Di Tebing Barat, 492 rakyat Palestin kehilangan nyawa akibat serangan tentera Israel dan peneroka Yahudi sejak 7 Oktober.
Terus bersoladariti demi Palestin. Moga nusrah Allah sentiasa bersama kalian.
_____________
🔗 Hulurkan sumbangan melalui :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief
atau ke akaun :
Maybank Islamic – Tabung Kemanusiaan PASRelief 5640-7061-4481
📲 Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #NakbahPalestin #FreePalestin #Pray4Palestin #PrihatinUmmahSejagat
🌏 Laman Web
🖍 Facebook = https://shorturl.at/vGLOT
🖍 Instagram = https://www.instagram.com/p/C6-EsjzSbUN/?igsh=Yzh0NHlsZnZ4eDJ5
🖍 Tiktok = https://tiktok.com/@officialpasrelief
🖍 Jemput bersama di telegram kami = https://t.me/PASReliefChannel