, ,

ISRA3L – H!ZBULLAH SETUJU TERIMA PERJANJIAN GENCATAN SENJATA DI LUBNAN

Isra3l dan H!zbullah akhirnya berjaya mencapai kata sepakat untuk mengakhiri peperangan yang berlanjutan sejak 8 Oktober 2023 pada hari ini, jam 4 pagi waktu Lubnan (10 pagi waktu Malaysia).

Sepertimana yang telah disepakati, pasukan tentera Isra3l akan berundur dari selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari.

Pejuang H!zbullah akan digantikan oleh pasukan tentera Lubnan bagi memastikan infrastruktur atau persenjataan dialihkan dan ia tidak dapat dibina semula di kawasan tersebut.

Penduduk Lubnan akan mula beransur kembali ke rumah masing-masing walaupun tidak dapat dipastikan seberapa ramai yang boleh berbuat demikian. Hal ini kerana, Isra3l telah menghancurkan sekitar 37 buah perkampungan dan meratakan sebahagian besar kawasan kejiranan di Beirut, Nabatiyeh dan Tyre.

Presiden AS Joe Biden berkata perjanjian gencatan senjata Isra3l – H!zbullah โ€˜dibentuk untuk menghentikan permusuhan secara kekalโ€™.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Isra3l, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa sekiranya terdapat ancaman daripada H!zbullah, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas sehingga Isra3l meraih kemenangan.

_______________________________

๐Ÿค ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :

โ€ข Maybank Islamic –
PASRELIEF : 5640 7061 2333

Atau melalui:
โ€ข https://infaqpay.my/plus/tabung-kecemasan-lubnan-pasrelief

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #Lubnan #Lebanon #PrihatinUmmahSejagat