,

SAKIT DIBERI, PERAWAT PULA DIAMBIL

World Health Organization (WHO) dan pihak berkuasa di Gaza memaklumkan bahawa mereka telah terputus hubungan dengan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hussam Abu Safiya selepas serbuan oleh tentera Isra3l pada hari Jumaat, 27 Disember 2024.

Tentera Isra3l telah membakar Hospital Kamal Adwan dan mengusir berpuluh-puluh kakitangan perubatan dan pesakit secara paksa. Hospital Kamal Adwan adalah satu-satunya hospital yang masih berfungsi sebahagiannya di utara Gaza. Tapi kini, apa je yang masih tinggal?

Pada hari Sabtu 28 Disember 2024, tentera Isra3l mengesahkan bahawa mereka telah menahan Dr. Hussam Abu Safiya dengan alasan dia ‘disyaki sebagai pengganas Hamas’ dan menuduh hospital itu digunakan sebagai ‘pusat komando dan kawalan’.

Menurut Euro-Med Monitor, Dr. Hussam Abu Safiya telah mengalami penyeksaan yang teruk. Beliau dipaksa menanggalkan pakaiannya dan dipukul dengan teruk, termasuk disebat dengan wayar tebal yang biasa digunakan untuk pendawaian elektrik jalanan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru agar Dr. Hussam Abu Safiya dibebaskan. Beliau juga memaklumkan bahawa hospital di Gaza telah menjadi ‘medan pertempuran’ dan sistem kesihatan di sana berada ‘di bawah ancaman yang teruk’.

_____________________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #AbuSafiya #PrihatinUmmahSejagat

ย