KEBAJIKAN GURU MADRASAH DIJAGA

KEBAJIKAN GURU MADRASAH DIJAGA
.
Antara aspek bagi memastikan madrasah-madrasah yang dibangunkan sentiasa berada di hadapan dan terbaik, kebajikan para guru perlulah sentiasa terjaga.
Misi kemanusiaan PASRelief tidak pernah terhenti. Bukan hanya sekadar bantuan makanan dan wakaf Al-Quran sahaja yang disalurkan, tetapi gaji para guru Madrasah juga diagihkan.
Alhamdulillah, rakan-rakan yang menjadi rangkaian PASRelief di sana kekal istiqamah menguruskan madrasah, sekolah dan menguruskan kebajikan pelarian Muslim Rohingya dengan sumbangan berterusan PASRelief dan beberapa NGO lain dari beberapa negara.
Telah selesai misi baru-baru ini iaitu pembiayaan gaji bulanan guru-guru sekolah dan madrasah PASRelief seramai 42 orang, selama 6 bulan melibatkan peruntukan RM75,600.00. Sekolah-sekolah PASRelief dan beberapa NGO lain yang sedang diuruskan oleh CHA sedang mendidik lebih 5000 pelajar anak-anak pelarian.
In sha Allah jika tiada aral yang melintang, pasukan PASRelief sendiri akan ke sana untuk melihat perkembangan madrasah-madrasah yang dibangunkan dan pelajar-pelajar di sana.
Sumbangan ini perlu diteruskan. Jom bersama PASRelief menjaga kebajikan Guru Madrasah di sana.