Kelaparan Boleh Mengancam Nyawa
Kelaparan mengancam nyawa ribuan Muslim Rohingya yang memilih bertahan dalam kampung mereka di Arakan. Sebahagiannya tidak mampu menjadi pelarian yang perlu melakukan perjalanan jauh untuk mencari sumber meneruskan kehidupan.
Sejak 2017 PASRelief tidak putus mengumpul dana bagi menyempurnakan misi pada bulan Ramadhan dengan menyediakan pakej makanan iftar untuk Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar.
Pek makanan yang mengandungi keperluan harian seperti beras, minyak masak, bawang, gula, garam, cili, susu dan lain-lain telah memberi manfaat kepada 250 keluarga di Kampung Hlamashay dan Kampung Thae Chaung pada Ramadhan tahun ini.
Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Percayalah bahawa tidak akan berkurang harta sekiranya kita berkongsi dengan orang lain, bahkan pahala tersebut kekal di akhirat nanti. Insya-Allah.
PASRelief menyeru seluruh Rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk keperluan harian atau wang ringgit kepada saudara kita di Arakan bagi meringankan beban penderitaan saudara seIslam kita serata dunia.
Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kemanusiaan PASRelief (Maybank – 564070614481). Terima kasih.