MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN MASJID DI BASILAN, MINDANAO
27 Oktober 2024, Pulau Basilan, Mindanao. PASRelief diamanahkan oleh dermawan dari Malaysia bagi membina sebuah Masjid di Perkampungan Lamitan. Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Syeikh Salamat Hashim telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief yang juga mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Semoga dengan usaha yang dilakukan ini memberi peluang kepada penduduk di sana untuk melaksanakan ibadah solat setiap waktu dan menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Anggaran pembinaan masjid ini adalah sebanyak PHP 1.5 juta atau RM130,000.
Ramai penduduk mengucapkan terima kasih di atas usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh PASRelief bagi memberi manfaat kepada mereka menjalankan ibadah secara lebih sempurna. Sebelum ini, mereka hanya menggunakan dangau yang berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah berhampiran dengan tapak masjid yang baharu itu.
Pasukan PASRelief yang sedang berada di Mindanao sekarang ini turut dihadiri Dr Suhazeli Abdullah dan Ustaz Ahmad Rashdan Ikhsan.
____________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief :