,

MALAM JALINAN KASIH PASRELIEF

 

Pada 10 Januari 2025, PASRelief telah menganjurkan Malam Jalinan Kasih yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara PASRelief dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini bersama-sama menyumbang tenaga dalam misi kemanusiaan.

 

Alhamdulillah, lebih daripada 150 tetamu hadir, mewakili lebih 60 NGO yang terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, dan dakwah.

 


PASRelief ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua NGO yang sudi menerima jemputan dan turut memeriahkan majlis ini. Kehadiran dan sokongan anda semua adalah bukti bahawa usaha bersama kita mampu memberi impak yang besar kepada mereka yang memerlukan.

 


Semoga jalinan kasih yang terukir ini terus utuh, dan misi-misi kemanusiaan yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui sinergi yang kukuh antara kita.

 


____________________________________
🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/collection/pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

📲 Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #MalamJalinanKasih #PrihatinUmmahSejagat