MALAM KEAMPUNAN DAN PERSIAPAN HATI MENYAMBUT RAMADAN
Malam Nisfu Syaaban bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar Islam. Ia adalah malam istimewa yang membawa keberkatan, keampunan dan peluang untuk kita muhasabah diri sebelum menyambut Ramadan. ![]()
![]()
Kita dituntut untuk memperbanyakkan doa pada malam istimewa ini kerana padanya terdapat jaminan keampunan dan penerimaan bagi mereka yang berdoa serta berharap kepadaNya.
Sesungguhnya keampunan Allah itu amat luas, selari dengan firman Allah: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun” [Nuh: 10]
Malam ini mungkin menjadi titik perubahan dalam hidup kita jika kita benar-benar menghayatinya. Jangan lepaskan peluang ini untuk kembali kepada-Nya dengan hati yang bersih dan penuh keikhlasan.
Semoga nisfu Syaaban ini kita kembali kepada fitrah yang sebenarnya iaitu Islam!
Salam Nisfu Syaaban ![]()





