MISI KEMANUSIAAN AID4PALESTINE
Pada 6 Mac 2024, delegasi PASRelief seramai tiga orang yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief telah bertolak ke Mesir untuk misi Aid4Palestine sehingga 8 Mac 2024.
Selepas beberapa jam perjalanan, delegasi PASRelief telah selamat sampai di bumi Mesir dan berada hampir dengan sempadan Rafah.
Delegasi terus bergerak dan melihat gudang yang telah menyiapkan pek-pek makanan yang dibiayai oleh PASRelief untuk saudara kita di bumi Gaza yang sangat memerlukan makanan bagi meneruskan kehidupan mereka.
Dalam kit kebersihan ini, kami menyediakan pampers kanak-kanak, serbuk pencuci, sabun mandi, berus gigi, tisu dan lain-lain lagi.
Doakan semoga kontena ini diberi kebenaran untuk memasuki Gaza.
Ramadan semakin hampir menemui kita, semoga dengan kelengkapan yang diberikan dapat meringankan beban mereka di saat ini 🤲🏻
Terlebih dahulu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri dan Wilayah, Dewan-dewan, pimpinan serta ahli dan semua penyokong PAS yang telah membiayai dana untuk Palestin
PASRelief yakin dengan adanya pek-pek makanan yang disediakan ini yang kita bekalkan beras, gula, minyak, tepung dan lain-lain akan meringankan beban saudara kita di Gaza.
_______________
🔗 Hulurkan sumbangan anda melalui :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640-7061-4481
📲 Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #TaufanAlAqsa #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat