MISI KEMANUSIAAN LOMBOK, INDONESIA
Sisa runtuhan bangunan masih bersepah dan bertimbun di tapaknya…..
.
Sudah dua bulan mereka mendiami khemah buluh dan plastik. Siangnya panas, malamnya dingin. 402 ribu orang kehilangan rumah. Lebih 80 ribu rumah musnah. Belum lagi menyelami kematian, kehilangan keluarga, tercedera, sakit, luka dan kehidupan di hari-hari mendatang.
.
Ekonomi seakan lumpuh, kegiatan perniagaan dan pelancongan terhenti, jualan tersadai, jalan raya sepi. Pengusaha rumah makan yang biasanya melayani tetamu daripada 300 kenderaan wisata (bas dan van) kini hanya menerima maksima 15 kenderaan sehari.
.
Hari ini Sulawesi pula. Mereka seluruh warga pulau dan desa, sedang menanggung beban yang serupa. Pasti mereka sedang melambai pertolongan kita, saudara mereka di seberang. Ujian bencana adalah pencetus fitrah kemanusiaan supaya terus hidup dan subur.
.
Kesukaran menghadapi ujian seperti mereka beratus kali, mungkin beribu kali ganda sukarnya berbanding kesusahan di tempat kita, yang dikelilingi sanak saudara, jiran tetangga, warga prihatin, dermawan, syarikat korprat, media dan agensi pihak berkuasa yang sentiasa ada. Alhamdulillah, rakyat Malaysia paling lembut dan santun jiwa kemanusiaan kita.
.
Begitulah kenangan PASRelief menghantar bantuan kemanusiaan di Lombok pada tahun 2018. insyAllah, bantuan kemanusiaan seperti ini di negara-negara yang lain akan kami gerakkan untuk kepentingan umat Islam.
.
Jom menyumbang bersam dengan kami. Boleh tekan pada pautan di bawah.
.