,

PASRELIEF, DELEGASI TERAWAL TIBA DI SELATAN LUBNAN

Setiap perjuangan pasti ada cabarannya. Namun, perjuangan ini bukan milik seorang, tetapi tanggungjawab kita sebagai sebuah ummah. Amanah yang anda berikan adalah kekuatan kami untuk terus melangkah membantu saudara-saudara kita di Lubnan.

Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan semua, delegasi PASRelief yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief, berjaya tiba di Selatan Lubnan.

Sumbangan berupa pek makanan dan keperluan asas telah diagihkan ke lokasi yang kedua iaitu di Selatan Lubnan, kawasan yang turut terjejas teruk akibat konflik yang melanda.

Terima kasih kepada setiap insan yang menyumbang melalui PASRelief. Sumbangan anda adalah bukti bahawa kepedulian dan solidariti mampu mengubah nasib mereka yang sedang diuji.

Semoga Allah SWT menggandakan keberkatan kepada setiap yang menyumbang dan mempermudah urusan kita untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

__________________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-kecemasan-lubnan-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :ย http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #Lebanon #PrihatinUmmahSejagat