PASRELIEF SUMBANG PERALATAN PERUBATAN UNTUK HOSPITAL ASY-SYAHID, MA’ARIB
Dalam meneruskan komitmen terhadap kebajikan ummah, PASRelief telah menyalurkan sumbangan peralatan perubatan kepada Hospital Asy-Syahid, Maโrib, Yaman bagi membantu meningkatkan kemudahan rawatan di hospital yang serba kekurangan ini.
Delegasi PASRelief yang diketuai oleh Pengarah PASRelief, YB Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah, bersama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Dua, YB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP), Dr Rosni Adam, telah menyampaikan peralatan penting yang sangat diperlukan hospital tersebut.
Antara 3 peralatan yang disumbangkan ialah:
- Multi-Parameter Patient Monitor untuk kegunaan bilik ICU
- Fetal / Maternal Monitor untuk kegunaan Ultrasound bilik rawatan ibu & anak.
- Biocare IP12b Volumetric Infusion Pump Universal Set untuk bilik rawatan umum
Pihak hospital menyambut baik sumbangan ini dan menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penderitaan saudara mereka di Yaman.
Hospital Asy-Syahid beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dengan permintaan rawatan yang terus meningkat akibat konflik berpanjangan di Yaman. Ramai pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kerana bilik rawatan yang penuh dan kekurangan peralatan perubatan yang mencukupi.
PASRelief menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersama dalam usaha kemanusiaan ini. Setiap sumbangan anda boleh menjadi asbab menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
Semoga Allah memberkati setiap usaha ini dan meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Yaman. ![]()

____________________________________
๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat





