i. LAFAZ AKAD
Saya bersetuju mewakilkan kepada pihak penganjur Qurban & Aqiqah PASRelief bagi menguruskan pembelian, penyembelihan, pengagihan daging qurban/aqiqah saya/pihak diwakili saya kerana Allah Ta’ala.
Saya juga bersetuju memberikan wakil kepada Urusetia PASRelief untuk mewakilkan penyembelihan, pengagihan daging qurban/aqiqah saya/pihak diwakili saya (Wakalah Fi Dzimmah) kepada rakan urusetia Qurban di negara-negara berkenaan.
Nota: Wakalah Fi Dzimmah ini kemungkinan ini boleh berlaku jika sekiranya team PASRelief tidak dapat melakukan perjalanan keluar negara kerana sekatan perjalanan seperti PANDEMIK COVID-19 atau seumpamanya. |
Saya juga bersetuju jika terdapat lebihan wang tersebut, akan digunakan oleh PASRelief bagi pengurusan dan kebajikan.