Ragutan di tangkai hati……….
.
Ragutan gula-gula oleh tangan-tangan kecil yang keras dalam hela tangisan dan rengekan, menusuk tepat ke lubuk hati. Rentapan mereka bisa memutuskan tangkai nurani. Ia meremukkan jiwa, meruntun keinsanan. Tanpa segan silu, tanpa takut dan bimbang, mereka menerkam.
.
Kanak-kanak yang lebih kecil dan rendah tenggelam lenyap dalam himpitan, tangan mereka terkapai-kapai ditepis tangan yang lebih tinggi. Belum sempat gula-gula di tangan kita sampai ke tangan kecil itu, ia disambar hilang. Ia hanya sebiji gula-gula berperisa mangga.
.
Gambaran saya untuk pembaca: Senarionya lebih dahsyat daripada menyaksikan sekelompok ikan dalam takungan, melonjak melepasi permukaan air, bernafas di daratan untuk merebut secebis roti.
.
Allahu Rabbi! Mungkin ini manisan pertama mereka dalam tempoh bertahun-tahun. Entahlah. Ragutan Balukhali akan diingati sampai mati. Kem Balukhali menerima 100 pakej makanan untuk 100 keluarga daripada PASRelief, Dua buah tubewell PASRelief juga dibina di sini, terlalu jauh daripada keperluan.
.
Kami sangat merindui mereka di sana. Kenangan bersama dengan mereka masih lagi segar dalam ingatan. Tuan Puan. Kami menyeru untuk bersama-sama dengan kami dalam misi kemanusiaan antarabangsa ini. InsyaAllah, Tidak akan berkurangan duit yang kita infaq ke jalan Allah, bahkan ianya akan semakin bertambah.
.
Jom menyumbang bersama dengan kami