Rentapan tangan kecil untuk sebiji gula-gula….
.
Hampir satu hari perjalanan kami pergi ke tempat mereka. Melalui Kawasan pelarian yang dhaif dan kekurangan kelengkapan harian.
.
Bekalan gula-gula dan buah yang kami beli semalam untuk menceriakan kanak-kanak diagihkan. Agihan gula-gula ini tiba-tiba bertukar menjadi pesta rebut-merebut, tolak-menolak, sambar-menyambar, sehingga pijak-memijak. la sangat mencemaskan! Anak-anak kita di rumah juga berebut, tapi bukan seperti ini. Tidak pernah sampai ke tahap ini.
.
Saya berlari dan rebah di parit, mereka tetap mengejar dan menerkam. Saya memanjat tebing, supaya senang mengagihkan mereka di bawah, mereka tetap memanjat mengekori, merentap kaki, tangan, pakaian, dan terus menyambar. Saya mendaki tebing yang lebih tinggi, mereka muncul pula di depan. Akhirnya tewas dengan serbuan itu, saya berikan bungkusan gula-gula kepada seorang warga kem yang sedang berdiri di luar khemah bersama isterinya. Dia pula diserbu.
.
Yer. Ianya hanya gula-gula. Begitu lama mereka tidak makan dan memerlukan bantuan. Walaupun gula-gula. Ianya tetap dapat mengisi perut yang kosong. Teringat kami kepada mereka. Cerita yang berlaku pada tahun 2017 itu hanya tinggal kenangan buat kami. InsyaAllah jika ada kesempatan pada kali ini sampai lagi kami dengan membawa bantuan daripada Tuan Puan.
.
Jom menyumbang bersama dengan kami.