SEJARAH MATAWANG ARAKAN
Matawang kurun ke 16, dan lukisan-lukisan sejarah kesultanan kerajaan Islam Arakan ini adalah petunjuk bahawa Arakan sejak kurun ke-14 (1345M), telah diperintah oleh kerajaan Islam sehingga kurun ke-18 (1784M).
Islam diterima meluas di Arakan sejak kurun ke-9 (877M) sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.
Dikisahkan bumi Arakan pernah disinggahi sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Syaidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China.
Satu-satunya bangsa di dunia yang 100% menganut Islam adalah etnik Rohingya di Arakan.
Kekalahan kepada penjajah Burma pada 1784M dan dijajah Inggeris pula pada 1824M membelahkan wilayah Islam Arakan ini kepada Burma pada 1948M, bahagian yang diserahkan kepada India kemudiannya menjadi Pakistan Timur pada 1947M dan menjadi sebahagian Bangladesh pada 1971M
Rohingya adalah penduduk asal Arakan, Islam adalah pegangan dan kerajaan yang mereka dirikan. Untuk memadamkan sejarah ini, semua media mutakhir ini di Burma tidak menggunakan Istilah ‘Rohingya’ malah kerajaan Burma memanggil mereka kaum Benggal.
Nama Arakan di tukar kepada Rakhine State dan ibu negerinya Akyab dinamakan Sittwe.
Moga bumi Arakan kembali subur dengan Islam
Hulurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic :
PASRELIEF : 564070612333
Atau melalui:
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/