SERAHAN WAKAF AL-QURAN DI MADRASAH MISBAHUL ULUM DARUL ITAM & TAHFIZ QURAN
Generasi Islam perlu diperkuatkan dengan ilmu. Hanya dengan ilmu dapat meningkatkan martabat seseorang.
Apa yang penting adalah ilmu asas Al-Quran. Apa ertinya Institusi Islam tanpa pengajian Al-Quran? Seolah-olah hilangnya nadi sebuah institusi Islam, kerana ianya merupakan panduan dan asas dalam kehidupan seorang Mukmin.
Alhamdulillah. Usaha wakaf Al-Quran yang dilakukan dapat kami agihkan sebilangan besar waqaf Al-Quran yang dilakukan oleh Tuan Puan kepada Madrasah Misbahul Ulum Darul Itam & Tahfiz Quran.
Gembira dan seronok mereka dengan hadiah yang diberikan oleh Tuan Puan. Ianya merupakan satu hadiah yang besar walaupun jumlah harga senaskhah Al-Quran begitu murah di Malaysia.
Terima kasih dan teruskan menyumbang. PASRelief sanggup membantu Tuan Puan untuk sampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/