Tag Archive for: MISI INDONESIA

Kem Balukhali diwujudkan di atas tanah milik kerajaan terletak beberapa kilometer sahaja daripada Kem Kutupalong. Semua 22,000 penghuninya daripada 3,200 keluarga adalah Muhajirin baru, memasuki Bangladesh selepas operasi genocide Myanmar pada Oktober 2016.
.
Tidak ada sebarang kemudahan asas, hanya sebuah tubewell sedang dibina di lereng bukit. Bekalan air diambil dari tubewell lama di sebuah surau di kampung warga tempatan di hadapan kem.
.
Sewaktu kami memasukinya, terdapat agensi UNICEF sedang mengadakan klinik rawatan kepada ibu dan kanak-kanak di sebuah khemah. Manakala sebuah khemah lagi seperti sedang membuat bancian.
.
Tiada surau atau khemah sebagai tempat belajar untuk kanak-kanak seperti di Kuthupalong. Mereka berkeliaran sesama sendiri, mengangkut air, membantu keluarga membina khemah, berkubang dalam debu dan ‘berkelahi’.
.
Jom gandakan sumbangan kepada umat Islam yang memerlukan. kami daripada PASRelief hanya menyediakan platform.
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang