Tag Archive for: MISI KEMANUSIAAN

SUMBANGAN ANDA TELAH SAMPAI

Bila masuk waktu Maghrib, kita menikmati juadah berbuka dengan penuh keselesaan. Tetapi di G4z4, saudara kita berbuka dalam kegelapan, di bawah langit yang dihujani serangan, dengan makanan yang entah cukup atau tidak. 😢

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sumbangan anda, PASRelief berjaya menghantar juadah iftar kepada saudara kita di Selatan G4z4. Namun, hari ini mungkin mereka dapat menikmati makanan yang lebih baik tetapi bagaimana dengan esok? 😢

Jadi, bantuan ini tak boleh berhenti di sini. Ramai lagi yang masih menunggu, ramai lagi yang berbuka dengan perut kosong.

Jom teruskan berkongsi rezeki. ✊🏻✨ Mungkin bagi kita sedikit, tapi bagi mereka, ia boleh jadi satu-satunya harapan. 🤲🏻

___________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :

https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481

📲 Hotline PASRelief :

http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanIftarForGaza #PrihatinUmmahSejagat

Dunia Islam berduka dengan berita kesyahidan As-Syahid Abu Hamzah (Naji Abu Yusuf), jurucakap Saraya Al-Quds yang terkenal dengan keberaniannya. Pemergiannya disahkan pada 19 Mac oleh Briged Saraya Al-Quds, yang buat pertama kali turut menyiarkan gambarnya kepada umum.

As-Syahid Abu Hamzah, Jurucakap Saraya Al-Quds berkata dalam satu ucapannya sebelum ini:

“Kekecewaan yang amat besar terhadap negara-negara Arab dan Islam, baik pemerintah mahupun rakyat. Apa yang akan kalian katakan kepada Allah pada hari perhitungan yang agung?! Kita berpuasa dan solat, tetapi bersikap lemah dalam membela Palestin.” 

Kata-kata syahid Abu Hamzah menjadi tamparan bagi kita, umat Islam, yang masih diam melihat penderitaan saudara seagama di Palestin. Bagaimana kita boleh beribadah dengan tenang tetapi gagal membela saudara yang tertindas?

Jangan sampai kita tergolong dalam golongan yang hanya sibuk dengan urusan sendiri tetapi buta terhadap penderitaan umat. Apa jawapan kita di hadapan Allah nanti?

PASRelief mengucapkan takziah atas syahidnya Abu Hamzah (Jurucakap Saraya Al-Quds). Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada roh yang mulia ini dan menempatkannya di syurga. Amin.

#PASRelief #Takziah #AbuHamzah #PrihatinUmmahSejagat

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Syukur yang tak terhingga! Dengan izin Allah dan sokongan anda semua, juadah iftar hasil sumbangan dan kebaikan rakyat Malaysia telah selamat sampai ke tangan saudara-saudara kita di Utara Gaza. 😊

Di tengah ujian yang tak mampu kita bayangkan, mereka masih tersenyum, masih bersyukur dengan setiap rezeki yang hadir. MashaAllah.

Bagi kita, mungkin sekadar satu hidangan berbuka, tetapi bagi mereka, ia adalah nikmat yang sukar diperoleh setiap hari.

Melihat mereka dapat berbuka dengan sedikit kelapangan hati buatkan kami terasa sebak. Kita di sini makan tanpa risau, mereka di sana sentiasa dalam kekurangan, tapi tetap kuat dan tabah.

PASRelief ucapkan ribuan terima kasih buat semua penyumbang! Setiap sen, setiap doa yang anda hulurkan, menjadi rezeki buat mereka. Moga Allah membalasnya dengan keberkatan yang melimpah. 🤲🏻

___________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :

https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481

📲 Hotline PASRelief :

http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanIftarForGaza #PrihatinUmmahSejagat

[ KENYATAAN MEDIA ]

PASRELIEF MENGECAM KERAS SERANGAN ISRAEL YANG MENGORBANKAN SUKARELAWAN MAPIM DI GAZA

  1. PASRelief menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat dalam mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu rejim Zionis Israel ke atas Gaza, yang telah mengorbankan lapan sukarelawan kemanusiaan dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Sabtu lepas.
  2. Serangan ini adalah satu tindakan biadab yang melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Membunuh sukarelawan yang sedang menjalankan misi kemanusiaan bukan sahaja satu kezaliman yang tidak boleh diterima, malah mencerminkan kerakusan rejim Zionis Israel dalam menindas rakyat Palestin serta mereka yang berusaha membantu.
  3. PASRelief menegaskan bahawa tindakan kejam ini perlu mendapat kecaman keras daripada seluruh masyarakat antarabangsa. Kejadian ini bukan sekadar serangan terhadap individu, tetapi satu tamparan terhadap nilai kemanusiaan sejagat.
  4. PASRelief menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak terus berdiam diri. Keganasan yang dilakukan oleh Israel mesti dihentikan melalui tekanan politik, tindakan diplomatik yang lebih tegas, serta langkah perundangan di peringkat antarabangsa.
  5. Kami mendoakan agar roh para syuhada sukarelawan MAPIM ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
  6. Dalam masa yang sama, PASRelief akan terus komited dalam membantu rakyat Palestin yang teraniaya. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdiri bersama Palestin dengan menyalurkan bantuan serta menguatkan doa agar saudara kita di sana diberi perlindungan dan kemenangan.

YB Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah
Pengarah PASRelief

17 Ramadan 1446H hari ini, kita mengenang kembali saat wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah ﷺ. Malam itu, dalam keheningan Gua Hira’, malaikat Jibril datang membawa seruan Ilahi:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),” – Al Alaq : 1

Sebuah seruan yang bukan hanya ditujukan kepada Baginda SAW, tetapi kepada seluruh umat manusia. ☝🏻

Al-Quran bukan sekadar bacaan, ia adalah pedoman hidup. Di dalamnya ada jawapan untuk segala persoalan, ketenangan bagi hati yang resah, dan penyembuh bagi jiwa yang gelisah.

Tetapi, adakah kita memberi ruang untuknya dalam hidup kita? Tepuk dada, tanya iman.

Antara doa yang boleh diamalkan sempena Nuzul Al-Quran adalah:

اَللَّهُمَّ ارْحَمْنِا بِاْلقُرْآنْ, وَاجْعَلْهُ لنا إِمَامًا وَنُوْرًا وَهُدًا وَرَحْمَةْ, أَللَّهُمَّ ذَكِّرْنا مِنْهُ مَا نَسِيْنا وَعَلِّمْنِا مِنْهُمَا جَهلنا وَارْزُقْنِا تِلاَوَتَهُ آنَاءَ الْلَيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارْ وَاجْعَلْهُ لنا حُجَّةً يَا رَبَّ اْلعَالَمْيِنَ.

“Allah rahmati kami dengan Al Quran, Jadikan ia pimpinan cahaya petunjuk dan rahmat, Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah, Yang tak diketahui. Rezekikan kami membacanya, sepanjang siang dan malam. Jadikan ia penolong kami (semasa di akhirat).”

Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya dalam hidup kita, membimbing hati yang mencari kebenaran, dan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kita telah berusaha mendekatinya. 🤲🏻

#PASRelief #MisiUmmah #SalamNuzulQuran #PrihatinUmmahSejagat

Di tengah runtuhan yang dulu mereka panggil rumah, sebuah keluarga Palestin duduk bersila, mengangkat tangan berdoa.

Tiada meja makan, tiada hidangan mewah tetapi hanya sekeping roti dan segelas air, cukup untuk membatalkan puasa di bulan suci ini.

Bunyi azan Maghrib berkumandang, menjadi saksi ketabahan mereka. Peperangan meragut segala-galanya, tetapi tidak iman mereka.

Dalam kelaparan, mereka masih bersyukur. Dalam kehancuran, mereka tetap menyalakan harapan.

Dunia mungkin menutup mata, tetapi kita tidak boleh berdiam diri. Gaza perlukan kita.

___________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481
📲 Hotline PASRelief :

Sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza kini memasuki hari kesembilan berturut-turut, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Penutupan lintasan sempadan menyebabkan lima kedai roti di selatan Gaza terpaksa menghentikan operasi, sementara selebihnya dijangka kehabisan bekalan dalam dua minggu.

Dalam perkembangan terbaru, Israel turut memutuskan bekalan elektrik menyebabkan terjejas satu-satunya loji penyahgaraman di tengah Gaza. Akibatnya, penduduk semakin bergantung kepada generator yang mahal dan terhad.

Penduduk Gaza telah lama berdepan kesengsaraan akibat serangan Israel selama 15 bulan, dengan sebahagian besar kehilangan tempat tinggal dan hidup tanpa perlindungan.

Kini, ramai terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pusat pengagihan makanan untuk meneruskan hidup. 😢

___________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :

https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481

📲 Hotline PASRelief :

http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #GencatanSenjataGaza #PrihatinUmmahSejagat

Dalam meneruskan komitmen terhadap kebajikan ummah, PASRelief telah menyalurkan sumbangan peralatan perubatan kepada Hospital Asy-Syahid, Ma’rib, Yaman bagi membantu meningkatkan kemudahan rawatan di hospital yang serba kekurangan ini.

Delegasi PASRelief yang diketuai oleh Pengarah PASRelief, YB Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah, bersama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Dua, YB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP), Dr Rosni Adam, telah menyampaikan peralatan penting yang sangat diperlukan hospital tersebut.

Antara 3 peralatan yang disumbangkan ialah:

  1. Multi-Parameter Patient Monitor untuk kegunaan bilik ICU
  2. Fetal / Maternal Monitor untuk kegunaan Ultrasound bilik rawatan ibu & anak.
  3. Biocare IP12b Volumetric Infusion Pump Universal Set untuk bilik rawatan umum

Pihak hospital menyambut baik sumbangan ini dan menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penderitaan saudara mereka di Yaman.

Hospital Asy-Syahid beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dengan permintaan rawatan yang terus meningkat akibat konflik berpanjangan di Yaman. Ramai pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kerana bilik rawatan yang penuh dan kekurangan peralatan perubatan yang mencukupi.

PASRelief menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersama dalam usaha kemanusiaan ini. Setiap sumbangan anda boleh menjadi asbab menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Semoga Allah memberkati setiap usaha ini dan meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Yaman. 🤲🏻

____________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :

https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

📲 Hotline PASRelief :

http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat

Alhamdulillah, satu lagi misi bantuan berjaya dilaksanakan! Ini adalah kerana berkat daripada hasil sumbangan tuan puan semua. 😊

Delegasi PASRelief telah mengagihkan barang keperluan asas dan pek makanan kepada 500 keluarga pelarian di Maarib, Yaman.

Delegasi yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief dan turut bersama YB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, ADUN Sungai Dua merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, serta Dr Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama-sama menyantuni pelarian disana.

Setiap pek makanan yang disampaikan bukan sekadar mengisi perut, tetapi juga membawa harapan dan semangat untuk mereka menghadapi Ramadan dalam keadaan lebih baik.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan. Moga sumbangan ini menjadi saham akhirat yang berterusan.

Teruskan menyokong PASRelief dan doakan misi ini agar lebih ramai saudara kita di Yaman dapat dibantu.🤲

____________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :

https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

📲 Hotline PASRelief :

http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat

Di Maarib, anak-anak pelarian Yaman menjalani kehidupan yang serba kekurangan. Makanan sukar didapati, tempat tinggal serba sederhana, dan akses kepada kesihatan? Jauh sekali. Tapi hari ini, ada sesuatu yang membuat mereka tersenyum.

Dr. Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP), bersama delegasi PASRelief telah meluangkan masa bersama kanak-kanak Yaman.

Lihat wajah-wajah ceria mereka! 🥰 Dr. Rosni Adam bukan sekadar mengajar mereka cara memberus gigi dengan betul, tetapi juga membuat pemeriksaan gigi, serta memberikan rawatan kepada yang memerlukan.

Jom kita teruskan usaha membantu mereka. Ramadan semakin hampir, biar tahun ini lebih ramai anak-anak Yaman merasai kebahagiaan yang sepatutnya mereka miliki.

____________________________________

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :

https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

📲 Hotline PASRelief :

http://www.wasap.my/60175001144/