Tag Archive for: MISI KEMANUSIAAN

Alhamdulillah, delegasi PASRelief terus melaksanakan misi kebajikan di Maarib, Yaman dengan menyantuni anak-anak pelarian yang hidup dalam serba kekurangan.

Kali ini, Dr Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP) berkesempatan berkongsi ilmu penting tentang penjagaan kebersihan gigi bersama kanak-kanak di Maarib, Yaman.

๐˜ผ๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™– ๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™ซ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™Ÿ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ๐™ ๐™–๐™ฃ:

๐Ÿชฅ Praktikal cara memberus gigi dengan betul

๐Ÿฆท Pemeriksaan kesihatan gigi untuk kanak-kanak

๐Ÿ‘ฉโ€โš• Rawatan gigi bagi mereka yang memerlukan

Anak-anak ini mungkin kehilangan keluarga, tempat tinggal, dan kehidupan yang stabil. Tetapi dengan bantuan anda, mereka masih boleh merasai kasih sayang dan perhatian.

Teruskan menyumbang. Teruskan memberi harapan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

____________________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :ย http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat

Alhamdulillah, delegasi PASRelief yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah telah selamat tiba di Maarib, Yaman pada 27 Februari 2025 untuk meneruskan Misi Ramadan For Yemen.

Di tengah-tengah kota Maarib yang menampung ratusan ribu pelarian, delegasi PASRelief berpeluang menyantuni ibu tunggal, anak-anak yatim, serta keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berpanjangan. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap menyambut kedatangan kami dengan senyuman penuh kesyukuran. ๐Ÿ˜Š
PASRelief ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu melancarkan misi ini. Sumbangan anda menjadi sebab mereka masih mampu bertahan.
Namun, perjalanan ini masih panjang. Masih ramai lagi yang menunggu bantuan. Teruskan menyumbang dan doakan agar bumi Yaman kembali aman, serta mereka yang kehilangan tempat tinggal dapat pulang ke kediaman masing-masing. ๐Ÿคฒ๐Ÿป
____________________________________
๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :

Alhamdulillah, pada 27 Februari 2025, delegasi PASRelief seramai 6 orang yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah (Pengarah PASRelief) telah tiba di Maarib dan memulakan agihan pack hygiene (kit kebersihan) kepada 150 kanak-kanak OKU.

Bagi kita, kit kebersihan mungkin sekadar barang asas yang mudah didapati. Tetapi bagi anak-anak ini, ia satu nikmat yang jarang mereka kecapi. Dalam keadaan hidup serba kekurangan, mereka hanya mampu bergantung kepada bantuan luar untuk mendapatkan sabun, ubat gigi, dan keperluan asas lain yang kita anggap biasa.

Kita mungkin jauh, tetapi kasih sayang tidak mengenal sempadan.

PASRelief ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menyumbang kerana hari ini anda telah membuat mereka tersenyum. Bantuan kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat mereka.

Doakan agar perjalanan delegasi PASRelief dipermudahkan. Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi saksi kasih sayang kita sesama umat, dan menjadi bekalan pahala buat kita di akhirat kelak.

____________________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat

Dalam perjalanan menuju Misi Kemanusiaan “Ramadan For Yemen”, delegasi PASRelief yang transit di Kaherah, Mesir, telah berkesempatan menziarahi tiga pelajar Malaysia dari Pulau Pinang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 25 Januari 2025 yang lepas.

Delegasi yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah (Pengarah PASRelief) dan turut bersama YB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) serta Dr Rosni Adam (Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat) hadir ziarah untuk menyampaikan doa dan kata-kata semangat kepada mereka.

Kemalangan tersebut melibatkan lapan orang pelajar Malaysia, dan tiga daripadanya mengalami kecederaan serius serta masih menerima rawatan di hospital:

1. Muhammad Rais Zafran Mohd Shuhaimi (20 tahun)

  • Kg Banggul, Tasek Gelugur
  • Patah rahang

2. Muhammad Zafri Abdul Rashid (23 tahun)

  • Taman Sepadu, Tasek Gelugur
  • Retak bahagian kepala, patah tangan dan bahu

3. Muhammad Sulhi Nazri (21 tahun)

  • Kg Permatang Tok Jaya, Tasek Gelugur
  • Retak tulang belakang

Delegasi PASRelief menzahirkan keprihatinan rakyat Malaysia serta menyampaikan sokongan moral agar mereka terus kuat menghadapi ujian ini. Kami menyeru semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan mereka, serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pengajian mereka di Mesir.

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang segera, menguatkan hati mereka serta memberi ketabahan kepada keluarga yang menanti di tanah air.

Kronologi kemalangan;

https://www.facebook.com/share/p/15NJH8ewPr/

[ KENYATAAN MEDIA ]

RAMADAN FOR YEMEN: DARI MALAYSIA UNTUK RAKYAT YAMAN

1. PASRelief terus komited dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan melalui misi “Ramadan For Yemen”, yang akan berlangsung dari 23 Februari hingga 2 Mac 2025 di Yaman.

2. Delegasi PASRelief seramai 6 orang, diketuai oleh Pengarah PASRelief, YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, telah berlepas pada pagi ini bagi menyampaikan sumbangan dan agihan pek makanan kepada rakyat Yaman yang terkesan akibat konflik dan krisis kemanusiaan yang berpanjangan.

3. Turut bersama dalam misi ini, YB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, adun Sungai Dua merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Dr Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

4. Misi ini bertujuan untuk memastikan mereka yang hidup dalam kesempitan akibat konflik perang saudara dapat merasai sedikit kelegaan menjelang Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Setiap pek makanan yang disalurkan adalah hasil daripada keprihatinan rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha kemanusiaan ini.

5. Kami mengharapkan doa dan sokongan daripada semua agar perjalanan delegasi ini dipermudahkan, dilindungi daripada sebarang kesulitan, dan bantuan dapat disampaikan dengan selamat kepada mereka yang memerlukan. Doakan juga agar mereka yang hidup dalam khemah-khemah pelarian dapat kembali ke tempat asal mereka dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

6. PASRelief merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pimpinan PAS kerana memberi kepercayaan kepada PASRelief bagi menggerak dan meneruskan misi kemanusiaan di luar negara. Terima kasih juga kepada seluruh ahli PAS dan para penyumbang yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan misi ini.

7. Semoga setiap usaha ini menjadi saham akhirat bagi semua yang terlibat dan memberi manfaat kepada saudara kita di Yaman.

YB Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah
Pengarah PASRelief

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed Basel Zalbani yang berusia 15 tahun kerana didakwa terlibat dalam serangan di Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah Daerah Baitulmaqdis juga memerintahkan Mohammed Basel Zalbani membayar pampasan sebanyak 300,000 shekel kerana didakwa membunuh seorang tentera Z!on!s di kem Shuafat.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, Zalbani telah ditahan sejak 13 Februari 2023, dan pihak berkuasa Israel telah merobohkan rumah keluarganya.

Terkini, sekurang-kurangnya 14,500 rakyat Palestin kini meringkuk di penjara Israel, termasuk 1,115 kanak-kanak, angka yang dikeluarkan oleh kumpulan hal ehwal banduan menunjukkan.

_____________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :ย http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #GencatanSenjataGaza #PrihatinUmmahSejagat

ย 

Kata Izzat Al-Rishq, ahli Biro Politik Hamas;

Kenyataan Trump mengenai membeli dan memiliki Gaza adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan menunjukkan kejahilannya terhadap Palestin serta seluruh wilayah ini.

Gaza bukan hartanah yang boleh ditukar milik! Ia adalah tanah milik rakyat Palestin, tanah yang telah mereka pertahankan dengan darah dan air mata selama puluhan tahun.

Menjadikan isu Palestin seperti urusan jual beli hartanah hanyalah satu ‘resipi kegagalan’. Rakyat Palestin tidak akan tunduk kepada sebarang usaha pemindahan dan pengusiran.

Gaza adalah milik penduduknya! Mereka tidak akan meninggalkannya, kecuali untuk kembali ke tanah air mereka yang dirampas pada tahun 1948.

_____________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :ย http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #GencatanSenjataGaza #PrihatinUmmahSejagat

Bayangkan wajah ceria anak-anak Yaman apabila mereka menerima pek makanan hasil sumbangan anda. Senyuman kecil mereka adalah bukti bahawa kebaikan masih ada di dunia ini. โœจ

Mereka juga ingin merasai nikmat berbuka dengan makanan yang cukup. Mereka juga ingin menjalani Ramadan dengan kegembiraan, seperti kita di sini.

Dengan sedikit sumbangan, kita dapat menyediakan:

๐Ÿฒ Menyediakan pek makanan untuk sekeluarga
๐Ÿฅ Menyumbangkan kelengkapan kesihatan.
๐Ÿ“š Membina sekolah dan prasarana pendidikan untuk anak-anak pelarian.

Bayangkan betapa gembiranya mereka apabila mendapat hasil sumbangan dari tangan-tangan yang peduli seperti anda!

Jom bersama PASRelief, kita bahagiakan mereka! โœŠ๐Ÿปโ˜บ

____________________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat

Di saat kita menghitung hari menyambut Ramadan dengan penuh kegembiraan, saudara kita di Yaman terus bergelut dengan kehidupan yang serba kekurangan. ๐Ÿ’”

Tiada hidangan sahur. Tiada juadah berbuka. Hanya perut yang kosong dan air mata yang tumpah setiap hari.

Seorang ibu di Yaman hanya mampu melihat anak-anaknya tidur dalam kelaparan kerana tiada sebutir nasi pun yang dapat dimasak. Di sudut lain, seorang ayah terpaksa mengemis demi membeli sepotong roti untuk keluarganya.

Lebih 2 juta rakyat Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan segera. Ramai kanak-kanak di sana yang meninggal dunia akibat kebuluran. ๐Ÿ˜ข

Inilah peluang kita untuk bantu mereka. Dengan hanya RM10, RM30, RM50, anda dapat menyediakan pek makanan untuk keluarga di Yaman. Sedikit bagi kita, tetapi sangat besar bagi mereka.

๐Ÿคฒ Ayuh, hulurkan tangan, ringankan penderitaan. Jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan memberi!

____________________________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :ย http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat

ย 

ย 

Ramadan semakin hampir! Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut bulan penuh keberkatan ini dengan jiwa dan hati yang bersih?

Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tapi ia adalah bulan pembaikan diri. Jadi, jom kita mula melatih diri dari sekarang!

1. Latih diri tahan lapar dan dahaga iaitu dengan berpuasa sunat, supaya nanti tak terkejut bila masuk Ramadan. ๐Ÿ•Œ
2. Luangkan lebih banyak masa dengan Al-Quran. Kalau selama ni baca hanya satu halaman sehari, cuba tambah jadi dua. ๐Ÿ“–
3. Perbanyakkan doa dan zikir. Ambil peluang ini untuk bersihkan hati dan jiwa. ๐Ÿ“ฟ

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa perubahan diri. Mulakan langkah persediaan hari ini, supaya kita benar-benar dapat meraih keberkatan Ramadan dengan hati yang bersedia.