Tag Archive for: MISI KEMANUSIAAN
Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah telah mengumumkan barisan pimpinan tertinggi gerakan tersebut yang telah syahid di tengah pertempuran Taufan Al-Aqsa. Mereka terdiri daripada:
• Syahid Pemimpin Agung Umat, Muhammad al-D3if (Abu Khalid) – Ketua Staf Briged Al-Qassam.
• Syahid Komandan Besar, Marwan Issa (Abu al-Bara’) – Timbalan Ketua Staf Briged Al-Qassam.
• Syahid Pejuang Mujahid, Ghazi Abu Tama’a (Abu Musa) – Ketua Bahagian Persenjataan dan Perkhidmatan Tempur.
• Syahid Pejuang Mujahid, Raed Thabet (Abu Muhammad) – Ketua Bahagian Angkatan Manusia.
• Syahid Pejuang Mujahid, Rafi’ Salama (Abu Muhammad) – Komander Briged Khan Younis.
Manakala sebelum ini, dalam pertempuran yang berlangsung, gerakan tersebut juga telah mengumumkan kesyahidan dua komander utama iaitu:
• Ahmad Al-Ghandour (Abu Anas) – Komander Briged Utara.
• Ayman Nofal (Abu Ahmad) – Komander Briged Tengah.
Kata Abu Ubaidah;
“Para syuhada kami telah menang apabila mereka menyerahkan panji perjuangan kepada para pemimpin baharu yang kuat dan berani, rakan seperjuangan mereka yang tidak mengenal kekalahan, dengan kekuatan dari Allah.”
“Kesyahidan para pimpinan tertinggi kami, meskipun kehilangan mereka merupakan musibah yang besar, tidak akan dan tidak pernah melemahkan kekuatan briged dan perjuangan kami dengan izin dan pertolongan Allah.”
#PASRelief #SalamTakziah #TaufanAlAqsa #PrihatinUmmahSejagat
Kita di sini, lapar cuma sementara. Ada bazar, restoran, atau dapur sendiri yang sedia memenuhi keperluan berbuka. Tapi di Yaman, lapar adalah rutin. Setiap hari, setiap malam. ![]()
Anak-anak kecil di sana tidak minta apa-apa yang mewah. Mereka hanya mahu sepinggan makanan untuk berbuka, sekeping roti untuk sahur. Hanya itu. Tapi nak dapatkan tu pun susah sangat disana.
Oleh itu, PASRelief membuka peluang kepada semua untuk sama-sama kita berkongsi rezeki dengan saudara kita di Yaman. Salurkan sumbangan untuk mereka dengan seikhlas hati anda. ![]()
Yakinlah, setiap ringgit yang kita beri adalah nikmat yang akan kembali kepada kita, insyaAllah.
____________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat
Bayangkan berbuka puasa hanya dengan seteguk air, sementara anak-anak di sekeliling menangis kerana lapar. Inilah realiti yang dihadapi ribuan keluarga di Yaman setiap hari. ![]()
Ketika kita menikmati juadah berbuka, mereka hanya mampu berharap kepada bantuan yang hadir dari luar. Namun, kita semua mampu menjadi sinar harapan buat mereka.
Dengan sokongan anda, PASRelief berusaha untuk:
Menyediakan pek makanan untuk sekeluarga
Menyumbangkan kelengkapan kesihatan.
Membina sekolah dan prasarana pendidikan untuk anak-anak pelarian.
Setiap sumbangan, besar atau kecil, adalah langkah penting untuk meringankan penderitaan mereka.
Rebut peluang Ramadan kali ini untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan. Jom hulurkan bantuan dan jadikan Ramadan saudara kita di Yaman lebih bermakna ![]()
____________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-yaman-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #RamadanForYemen #PrihatinUmmahSejagat
Alhamdulillah, satu lagi langkah besar telah diambil untuk memastikan saudara-saudara kita di Basilan, Mindanao dapat beribadah dan berkumpul dalam suasana yang lebih selesa.
Pada 27 Oktober 2024, delegasi PASRelief telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Syeikh Salamat Hashim di Mindanao yang disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief yang juga mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Sebelum ini, penduduk di sana hanya mampu beribadah di sebuah dangau kecil berdinding buluh dan beratap daun nipah. Kini, dengan izin Allah, pembinaan masjid baharu ini akan memberikan mereka ruang yang lebih selesa untuk solat berjemaah, menghadiri kelas agama, dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
PASRelief mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan misi ini. Semoga usaha ini terus diberkati dan menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti. ![]()
Teruskan berdoa dan menyumbang agar pembinaan masjid ini berjalan lancar dan membawa keberkatan kepada semua yang terlibat. ![]()

____________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-mindanao-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #MasjidUntukMindanao #PrihatinUmmahSejagat
Penjara Saydnaya, yang terletak hanya 30 kilometer dari Damsyik, adalah simbol kezaliman rejim al-Assad daripada zaman ayahnya Hafez sehingga anaknya Bashar. Di sini, puluhan ribu rakyat Syria dipenjarakan tanpa bicara, diseksa hingga mati, atau hilang begitu sahaja.
Sejak perang saudara bermula pada tahun 2011, penjara ini telah menjadi “neraka di bumi.” Para tahanan bukan hanya dirampas kebebasan, tetapi juga martabat mereka sebagai manusia. Mereka dibiarkan kebuluran, didera secara fizikal dan mental, malah dipaksa melihat kematian orang tersayang di depan mata mereka.
Di Penjara Saydnaya sahaja, dianggarkan lebih 600,000 nyawa telah diragut. Kejamnya pemerintahan rejim al-Assad menjadikan ketakutan sebagai senjata utama, memastikan rakyatnya tunduk dalam diam atau terus dimusnahkan.
Setiap hari hampir 40 orang akan mati menerima penyeksaan yang tak mampu diterima dek akal. Pelbagai jenis seksaan dikenakan antaranya adalah disembelih, dilenyekkan, dirogol dan banyak lagi penderaan yang sangat mengerikan.
Bayangkan hidup dalam kegelapan tanpa harapan, di mana setiap hari terasa seperti hukuman mati. Itulah yang dialami oleh mereka yang menjadi mangsa kezaliman ini.
Namun kini penjara ini telah kosong tidak berpenghuni, tahanan akhir telah bebas ketika Bashar al-Assad jatuh pada sebulan yang lalu. Alhamdulillah.
_____________________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-syria-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #BantuanKemanusiaanSyria #PrihatinUmmahSejagat
Di Syria, hidup mereka tak lagi seperti biasa. Rumah musnah, makanan tiada, dan masa depan penuh ketidakpastian.
Apabila menyebut bantuan ini datang dari Malaysia, jelas terukir senyuman di wajah mereka membuatkan setiap usaha ini begitu bermakna.

Mereka yang selama ini bergelut dengan kesukaran hidup di tanah air yang hancur akibat konflik akhirnya menerima sedikit sinar harapan. Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban mereka.
Alhamdulillah, PASRelief telah berjaya menyampaikan hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk di Damascus, Syria. Sumbangan berbentuk pek makanan dan juga selimut diagihkan untuk persiapan mereka menghadapi musim sejuk.
PASRelief ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang bermurah hati menyumbang. Tanpa anda, misi ini tidak mungkin terlaksana.
_____________________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-syria-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #BantuanKemanusiaanSyria #PrihatinUmmahSejagat
Dahulu, Rif Dimashq adalah sebuah kawasan yang penuh dengan kehidupan. Kanak-kanak bermain di lorong-lorong, pasar dipenuhi suara riuh, dan keluarga-keluarga menjalani kehidupan yang damai.
Namun, semua itu lenyap sekelip mata apabila konflik yang kejam meletus sejak 2011.
Lebih 2,000 nyawa tidak bersalah telah diragut oleh kekejaman rejim Al-Bashaar. Rumah-rumah hancur, meninggalkan ribuan keluarga tanpa tempat berlindung. Ramai yang terpaksa melarikan diri, meninggalkan tanah kelahiran mereka untuk mencari perlindungan di negara-negara jiran.
PASRelief berharap semoga peralihan kerajaan menjadi titik permulaan bagi perubahan positif di Syria.
_____________________________________________
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-syria-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
#PASRelief #MisiUmmah #BantuanKemanusiaanSyria #PrihatinUmmahSejagat
Bayangkan hidup di tempat yang hanya tinggal sisa-sisa kehancuran. Inilah realiti pahit yang dihadapi penduduk di Mukhayyam Yarmouk, Damascus. Tempat tinggal dan infrastruktur mereka musnah akibat konflik yang telah berlarutan sejak 2011.
Sekitar 60,000 penduduk hidup dengan penuh kesabaran dan bertahan di kawasan ini, walaupun dalam keadaan yang sangat daif.
Sebahagian yang lain terpaksa meninggalkan tanah air mereka dan mencari perlindungan di negara-negara jiran, menjadi pelarian yang hidup dalam serba kesempitan.
PASRelief terus mendoakan dan berharap semoga dengan adanya peralihan kerajaan, keadaan rakyat Syria akan berubah menjadi lebih baik.
𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-syria-pasrelief
atau terus ke akaun Maybank Islamic – PASRelief : 5640-7061-2333
Hotline PASRelief : http://www.wasap.my/60175001144/
Pada 19 Januari 2025, delegasi PASRelief yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief, bersama Ustaz Ahmad Rashdan Ikhsan, telah memulakan perjalanan ke Syria untuk melaksanakan misi kemanusiaan yang amat penting.
Perjalanan darat ini penuh dengan cabaran, termasuk melalui sempadan Lubnan-Syria di Border Masnaa yang mempunyai prosedur ketat dan situasi yang tidak menentu. Namun, dengan keizinan Allah dan sokongan semua, delegasi PASRelief berjaya melangkah ke tanah Syria untuk menyampaikan amanah bantuan kepada mereka yang memerlukan.
PASRelief ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang, penyokong, dan mereka yang tidak henti-henti mendoakan kelancaran misi ini. Walaupun perjalanan ini penuh dugaan, tekad kami untuk meringankan beban saudara-saudara kita tetap utuh.
Doakan keselamatan delegasi PASRelief di sana dan semoga usaha kecil ini membawa manfaat besar kepada mereka yang sedang diuji.
__________________________________