Tag Archive for: MISI KEMANUSIAAN

ambulans untuk gaza

Selain daripada pek makanan dan barangan keperluan harian, PASRelief juga dapat menyumbangkan ambulans buat rakyat Gaza hasil sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Ambulans menjadi satu keperluan sangat penting disaat peperangan yang semakin getar ini.

Bayangkan mereka terpaksa membawa pesakit dengan menggunakan keldai sahaja kerana kebanyakan ambulans telah pun dihancurkan oleh rejim z!on!s 😢

Delegasi dalam perjalanan menguruskan penghantaran kontena yang memuatkan 1,000 pek makanan, 1,000 barangan keperluan harian dan ambulans ke sempadan Rafah.

Sumbangan bantuan ini diusahakan oleh PASRelief dengan kerjasama Aid4Palestin.

Ketahuilah bahawa, bukanlah mudah untuk mengharungi perjalanan menuju ke Rafah. Terlalu banyak sekatan jalan yang perlu delegasi tempuhi untuk sampai ke destinasi.

Semasa dalam perjalanan ke Arish, delegasi tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk memasuki Rafah, Mesir. Apatah lagi, untuk memasuki Rafah sempadan Gaza.

Apa-apa pun, Insha Allah, kontena makanan dan barangan keperluan harian serta ambulans akan terus dibawa ke Rafah dan seterusnya dibawa masuk ke Gaza untuk saudara kita di bumi Palestin.

Mohon doa dari rakyat Malaysia supaya semuanya dapat dipermudahkan dan dilancarkan urusan dalam membawa masuk bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza.

ambulans untuk gaza
ambulans untuk palestin

_______________

🔗 Hulurkan sumbangan anda melalui :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640-7061-4481

📲 Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #TaufanAlAqsa #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

misi kemanusiaan pal3stiin

Pada 6 Mac 2024, delegasi PASRelief seramai tiga orang yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief telah bertolak ke Mesir untuk misi Aid4Palestine sehingga 8 Mac 2024.

Dalam misi kali ini, delegasi akan menyerahkan sumbangan ambulans dan kontena makanan buat saudara kita di Gaza.

Selepas beberapa jam perjalanan, delegasi PASRelief telah selamat sampai di bumi Mesir dan berada hampir dengan sempadan Rafah.

Delegasi terus bergerak dan melihat gudang yang telah menyiapkan pek-pek makanan yang dibiayai oleh PASRelief untuk saudara kita di bumi Gaza yang sangat memerlukan makanan bagi meneruskan kehidupan mereka.

Dalam kit kebersihan ini, kami menyediakan pampers kanak-kanak, serbuk pencuci, sabun mandi, berus gigi, tisu dan lain-lain lagi.

Doakan semoga kontena ini diberi kebenaran untuk memasuki Gaza.

Ramadan semakin hampir menemui kita, semoga dengan kelengkapan yang diberikan dapat meringankan beban mereka di saat ini 🤲🏻

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri dan Wilayah, Dewan-dewan, pimpinan serta ahli dan semua penyokong PAS yang telah membiayai dana untuk Palestin

PASRelief yakin dengan adanya pek-pek makanan yang disediakan ini yang kita bekalkan beras, gula, minyak, tepung dan lain-lain akan meringankan beban saudara kita di Gaza.

_______________

🔗 Hulurkan sumbangan anda melalui :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

atau terus ke akaun Maybank Islamic – Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640-7061-4481

📲 Hotline PASRelief :
http://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #TaufanAlAqsa #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Makanan

Makanan adalah keperluan harian kita semua untuk meneruskan kehidupan.
Makanan juga dapat membekalkan tenaga untuk kita meneruskan kerja-kerja seharian kita.

Begitu juga saudara kita di Yaman. Mereka perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Moga dengan bantuan makanan PASRelief ini dapat mengisi perut mereka yang kelaparan.

Jom terus bantu saudara kita di sana. PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang

Hulurkan sumbangan anda melalui :
Maybank Islamic :
PASRELIEF : 564070612333

Atau melalui:
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Setiap hari kita berurusan dengan orang lain dengan cara mendapatkan bantuan serta khidmat daripadanya kerana kudrat diri yang terbatas.

Mungkin kita didatangi orang yang memerlukan sedikit wang untuk menguruskan kehidupannya, maka ambillah kesempatan itu untuk menghulurkan bantuan seadanya.

PASRelief sentiasa berusaha memberikan dan menghulurkan yang terbaik dalam setiap bantuan Misi Kemanusiaan yang dijalankan

Jom bersama PASRelief. Kita bantu mudahkan kehidupan seharian saudara kita
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/