Tag Archive for: MISI MYANMAR

Food Flotilla itu bukanlah tentang siapa yang menyertainya…..
.
Apa itu FFM?
Atau satu program yang dapat membantu keluarga dan kanak-kanak Rohingya di Myanmar.
.
Food Flotilla For Myanmar (FFM) merupakan program yang telah dijalankan oleh PASRelief pada tahun 2017 untuk membantu saudara Islam yang memerlukan bagi memenuhi keperluan harian mereka iaitu sumber makanan yang tidak mencukupi bagi menampung keperluan harian mereka.
.
Anak-anak Muslim Rohingya yang sedang dibunuh, disiksa, diusir, dibakar rumah-rumah kediaman dan masjid-masjid mereka. Daripada populasi berjumlah empat juta jiwa di Arakan (Rakhine State), kini hanya tinggal tidak lebih daripada 700 ribu yang masih hidup di wilayah itu, selebihnya menjadi pelarian di serata dunia, ramai juga yang hilang dan berkubur di lautan.
.
Food Flotilla bagi PAS bukanlah sekadar perihal ribuan tan makanan yang dibawa untuk diserahkan kepada mereka sebagai penyambung nyawa, tetapi bermatlamat membuka mata masyarakat dunia terhadap kesengsaraan Muslim Rohingya yang sedang dibantai gerakan Ashin Wirathu yang mengepalai gerakan 969, pelampau Rakhine dan regim Myanmar.
.
Malah, Food Flotilla bertujuan membuka mata masyarakat dunia terhadap sejarah kerajaan Islam yang berdaulat di Arakan sejak kurun ke-8, penjajahan Inggeris dan Jepun, diikuti empat isu besar berkait etnik Rohingya yang dilucutkan kerakyatan melalui Undang-undang (Akta) Kewarganegaraan 1982. Sejak merdeka daripada penjajahan Inggeris pada 1948, nasib Muslim Rohingya telah terumbang ambing.
.
Jom menyumbang bersama dengan kami.