Posts

Alhamdulillah, mereka ini adalah pelajar-pelajar daripada Madrasah yang telah dibina oleh PASRelief dan anak-anak ini sudah berjaya menghafal 30 Juz Al-Quran. Kagum, terharu dan bermacam-macam perasaan bercampur aduk. Semoga mengalir pahala berterusan asbab daripada sumbangan yang telah kita hulurkan, In Shaa Allah.

Abu Umamah Al-Bahily R.A. berkata
“Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda “ Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya. “
(HR Muslim).

Terus salurkan sumbangan anda melalui :

Maybank Islamic :
PASRELIEF : 564070612333

atau

https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Aspek untuk memastikan madrasah-madrasah yang dibangunkan perlu sentiasa berada di hadapan dan terbaik, kebajikan para guru perlulah sentiasa terjaga

Misi kemanusiaan PASRelief bukan hanya sekadar bantuan agihkan makanan dan wakaf Al-Quran sahaja yang disalurkan, tetapi gaji para guru Madrasah juga diagihkan.

Alhamdulillah, telah selesai misi baru-baru ini iaitu pembiayaan gaji bulanan guru-guru sekolah dan madrasah PASRelief. rakan-rakan yang menjadi rangkaian PASRelief di sana tetap kekal menguruskan madrasah, sekolah dan menguruskan kebajikan pelarian Muslim Rohingya dengan sumbangan berterusan PASRelief dan beberapa NGO lain dari beberapa negara.

Hulurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic :
PASRELIEF : 564070612333

Atau melalui:
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Dalam mengembalikan semula hak dan maruah mereka yang terjajah menjadi pelarian di tanah air sendiri adalah menerusi pembinaan sekolah bagi memberi pendidikan terutama kepada kanak-kanak.

Terdapat 35 buah sekolah yang telah didirikan dari sumbangan yang disalurkan oleh PASRelief yang berkolaberasi bersama NGO Ittihad Tullab Muslimin dengan pembiyaan gaji RM380 sebulan kepada setiap mereka.

PASRelief dalam usaha memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlansung dengan jaya memerlukan sekurang-kurangnya RM320,000 setahun bagi menggaji para guru yang istiqamah dalam mencurahkan ilmu.

Jom bantu hidupkan sinar pendidikan di sana

Hulurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic :
PASRELIEF : 564070612333

Atau melalui:
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Mereka tidak sendirian..

Tidaklah mereka berasa sendirian ketika mana negera tanah tumpah darah mereka bergolak sekian lamanya..

Dengan adanya huluran bantuan dari rakyat Malaysia yang sangat pemurah hati, mereka tidak rasa sendiri kerana masih ada yang peduli dengan nasib mereka

Jom terus hulurkan bantuan buat mereka. PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/

Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PASRelief akan terus giat memastikan umat Islam Rohingya diberi perhatian yang sewajarnya dan membina semula masa depan mereka.
.
Selain menyalurkan sumbangan berupa makanan dan pakaian, usaha untuk menyediakan rumah sementara disamping kemudahan telaga tiub, musolla dan tandas turut dilakukan.
.
Paling penting dalam mengembalikan semula hak dan maruah mereka yang terjajah menjadi pelarian di tanah air sendiri adalah menerusi pembinaan sekolah bagi memberi pendidikan terutama kepada kanak-kanak.
.
Jom bersama PASRelief kita bantu saudara seIslam kita disana.
.
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
May be an image of 2 people and text that says "PASRE "Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PASRelief akan terus giat memastikan umat Islam Rohingya diberi perhatian yang sewajarnya dan membina semula masa depan mereka" YAB Hj Muhammad Sanusi Md Nor Pengerusi PASRelief- idim arc alternative 0 Im 時 PASelief Jom terus menyumbang untuk mereka O https://pasrelief.org/ PAS RELIEF https://jomdonate.com/"
Ragutan di tangkai hati……….
.
Ragutan gula-gula oleh tangan-tangan kecil yang keras dalam hela tangisan dan rengekan, menusuk tepat ke lubuk hati. Rentapan mereka bisa memutuskan tangkai nurani. Ia meremukkan jiwa, meruntun keinsanan. Tanpa segan silu, tanpa takut dan bimbang, mereka menerkam.
.
Kanak-kanak yang lebih kecil dan rendah tenggelam lenyap dalam himpitan, tangan mereka terkapai-kapai ditepis tangan yang lebih tinggi. Belum sempat gula-gula di tangan kita sampai ke tangan kecil itu, ia disambar hilang. Ia hanya sebiji gula-gula berperisa mangga.
.
Gambaran saya untuk pembaca: Senarionya lebih dahsyat daripada menyaksikan sekelompok ikan dalam takungan, melonjak melepasi permukaan air, bernafas di daratan untuk merebut secebis roti.
.
Allahu Rabbi! Mungkin ini manisan pertama mereka dalam tempoh bertahun-tahun. Entahlah. Ragutan Balukhali akan diingati sampai mati. Kem Balukhali menerima 100 pakej makanan untuk 100 keluarga daripada PASRelief, Dua buah tubewell PASRelief juga dibina di sini, terlalu jauh daripada keperluan.
.
Kami sangat merindui mereka di sana. Kenangan bersama dengan mereka masih lagi segar dalam ingatan. Tuan Puan. Kami menyeru untuk bersama-sama dengan kami dalam misi kemanusiaan antarabangsa ini. InsyaAllah, Tidak akan berkurangan duit yang kita infaq ke jalan Allah, bahkan ianya akan semakin bertambah.
.
Jom menyumbang bersama dengan kami
Rentapan tangan kecil untuk sebiji gula-gula….
.
Hampir satu hari perjalanan kami pergi ke tempat mereka. Melalui Kawasan pelarian yang dhaif dan kekurangan kelengkapan harian.
.
Bekalan gula-gula dan buah yang kami beli semalam untuk menceriakan kanak-kanak diagihkan. Agihan gula-gula ini tiba-tiba bertukar menjadi pesta rebut-merebut, tolak-menolak, sambar-menyambar, sehingga pijak-memijak. la sangat mencemaskan! Anak-anak kita di rumah juga berebut, tapi bukan seperti ini. Tidak pernah sampai ke tahap ini.
.
Saya berlari dan rebah di parit, mereka tetap mengejar dan menerkam. Saya memanjat tebing, supaya senang mengagihkan mereka di bawah, mereka tetap memanjat mengekori, merentap kaki, tangan, pakaian, dan terus menyambar. Saya mendaki tebing yang lebih tinggi, mereka muncul pula di depan. Akhirnya tewas dengan serbuan itu, saya berikan bungkusan gula-gula kepada seorang warga kem yang sedang berdiri di luar khemah bersama isterinya. Dia pula diserbu.
.
Yer. Ianya hanya gula-gula. Begitu lama mereka tidak makan dan memerlukan bantuan. Walaupun gula-gula. Ianya tetap dapat mengisi perut yang kosong. Teringat kami kepada mereka. Cerita yang berlaku pada tahun 2017 itu hanya tinggal kenangan buat kami. InsyaAllah jika ada kesempatan pada kali ini sampai lagi kami dengan membawa bantuan daripada Tuan Puan.
.
Jom menyumbang bersama dengan kami.
Pelarian Rohingya amat bergantung kepada bantuan kemanusiaan negara lain, termasuk Malaysia, yang menjadi “talian hayat” mereka selama ini.
.
Pelarian “tidak bernegara” dari barat Myanmar itu bukan sahaja mengharap huluran bantuan makanan, tetapi juga ubat-ubatan untuk mereka meneruskan hidup di kem-kem pelarian berkenaan.
.
Terutama dari Malaysia dan negara lain yang menjadi tempat perlindungan sanak-saudara mereka sebelum ini.
.
PASRelief terus sedia membantu hulurkan bantuan buat mereka
.
PASRelief membuka platform untuk orang ramai menyumbang
Sejak penghujung 2017, masyarakat Rohingya terpaksa melarikan diri selepas pemerintahan Myanmar melakukan pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya dan menjadikan Bangladesh sebagai destinasi berteduh dan meneruskan hidup.
.
Sebagai saudara seIslam, PASRelief berusaha sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelarian Rohingya.
.
Bantuan sumbangan dari pihak tuan puan diperlukan untuk membantu mereka di sana
PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang

Mungkin nilai yang kecil itu sedikit bagi kita. Tetapi tidak bagi mereka. Besar nilai bagi kita, berganda lagi besar nilai bagi mereka.

Bersyukur dengan apa yang ada itu sudah besar rahmat bagi mereka. Menikmati hidangan yang sedia ada itu juga amat besar rahmat untuk mereka.

Terima kasih buat yang bermurah hati menghulurkan bantuan sumbangan buat mereka.

Jom terus meyumbang untuk mereka

PASRelief menyediakan platform untuk orang ramai menyumbang
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/
https://pasrelief.onpay.my/