Tag Archive for: P4L3STIN

29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat P4L3stiin setiap tahun.
Tarikh ini dipilih kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1947 telah meluluskan sebuah resolusi yang merupakan malapetaka dan berat sebelah buat umat Islam dan penduduk P4L3stiin khususnya yang sehingga hari ini masih menderita dan sengsara.
.
Pada tahun 1977 Perhimpunan Agung PBB bersetuju untuk memperingati 29 November setiap tahun sebagai Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat P4L3stiin (berdasarkan Resolusi 40/32 . Sebelumnya, pada tarikh itu pada tahun 1947, perhimpunan tersebut menerima pakai Resolusi mengenai Pembahagian P4L3stiin (berdasarkan Resolusi 181 (II)).
.
Memetik kata-kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres:
“Marilah kita bekerjasama untuk memperbaharui komitmen terhadap rakyat P4L3stiin dalam mengejar hak mereka yang tidak dapat dilupakan dan bagi membangunkan masa depan yang mana kemakmuran, martabat, keadilan dan keamanan berlaku.”
.
Tarikh 29 November sewajarnya diingati seluruh masyarakat dunia untuk muhasabah diri dan mengenang kembali kesilapan yang dilakukan oleh komuniti antarabangsa hingga menyebabkan penderitaan rakyat Palestin berlarutan sehingga hari ini.
.
Semoga kita dapat membantu perjuangan rakyat P4L3stiin mendapatkan kembali hak mereka yang diragut oleh Zei0ni$ I$Ra3L sehingga negara mereka merdeka. Ayuh sentiasa kita tingkatkan usaha dan doa untuk pembebasan negara P4L3stiin