Tular di media sosial seorang wanita Palestin, Anhar Al-Deek yang ditahan di penjara oleh pihak. Wanita itu yang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka akan melahirkan bayi keduanya di dalam penjara.
Keluarga wanita itu telah membuat rayuan kepada badan antarabangsa supaya masuk campur bagi membolehkan Anhar, 25 tahun dapat melahirkan anak di luar penjara.
Dia sangat tertekan dalam situasi sekelilingnya yang serba kekurangan, tangannya digari dan tanpa keluarga di sisi. Israel hanya membenarkan sekali sahaja suaminya melawat Anhar sepanjang berada dalam penjara.
“Tangan saya bergari dan anda tahu kesukaran melahirkan anak dengan kaedah pembedahan caesarean di luar penjara. Bagaimana saya perlu lalui peristiwa ini sedangkan saya berseorangan di dalam penjara,” luahnya.
Anhar ditahan tentera Israel selepas didakwa cuba melakukan serangan tikaman di sebuah penempatan Israel yang dibina berhampiran bandar yang didiaminya, lima bulan lalu.
PASRelief menyeru organisasi hak asasi manusia dan kedutaan asing untuk bertegas dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel supaya membenarkan Anhar Al-Deek melahirkan bayinya yang kedua di luar penjara.