Tahniah Duta Malaysia ke Mesir dan Lubnan – Tuanguru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Alhamdulillah, pagi tadi saya mengadakan perbincangan melalui sidang video bersama Duta Besar Malaysia ke Mesir, Oman dan Lubnan yang baharu.
Saya ucapkan tahniah kepada TYT Zamani Ismail (Duta Besar Malaysia ke Mesir), TYT Shaiful Anuar Mohammad (Duta Besar Malaysia ke Oman) dan TYT Azri Mat Yacob (Duta Besar Malaysia ke Lubnan) atas pelantikan masing-masing yang sangat penting kepada negara kita dari sudut hubungan antarabangsa.
Walaupun tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh mereka amat mencabar kerana bertugas di negara Timur Tengah yang menjadi sasaran pertembungan kuasa besar dunia kerana kedudukannya yang strategik dalam hubungan antarabangsa, menjadi titik pertemuan tiga benua besar dunia dan mempunyai sumber tenaga yang menjadi rebutan pada masa kini.
Malaysia sangat dihormati oleh rakyat negara Timur Tengah kerana mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik. Apa yang penting saya sampaikan kepada mereka agar dipertingkatkan kerajasama dalam kepentingan bersama dari sudut agama, pendidikan dan ekonomi, ke arah mencapai kedudukan negara umat Islam yang maju dan kuat dalam segala lapangan.
Saya berdoa dengan pertolongan Allah, mudah-mudahan Duta-Duta Besar Malaysia ke Timur Tengah yang baharu ini dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya percaya pengalaman mereka yang banyak dalam lapangan diplomatik akan membantu dalam mencapai kejayaan yang cemerlang untuk Malaysia. Insya-Allah.
Siru ‘ala barakatillah.
https://www.facebook.com/146911248727335/posts/4160807047337715/?sfnsn=mo