KENYATAAN MEDIA PASRELIEF
.
PALESTIN: TERIMA KASIH DERMAWAN MALAYSIA DAN NADIR AL NURI
.
22 November 2021 | 17 Rabiulakhir 1443 H
1. PASRelief ingin merakamkan penghargaan kepada semua dermawan Malaysia yang melihatkan komitmen dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menggerakkan sumbangan bagi tabung Aid4Palestine, serta menjayakan sebahagian sumbangan ini semalam dengan penyerahan ambulans kepada rakyat Palestin.
2. PASRelief turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara Nadir al Nuri kerana berjaya berusaha untuk membawa masuk ambulans dari Mesir untuk masuk ke Gaza. Berbulan -bulan masa yang diambil untuk menyediakan ambulans ini kerana tidak ada syarikat di dalam Gaza yang dapat memenuhi permintaan dan syarat yang diletakkan.
3. Pada tarikh 21 November 2021 telah disiapkan ambulans untuk mula berkhidmat kepada penduduk dalam masa terdekat. Ambulans ini masuk dengan rombongan ambulans Miles of Smiles berjumlah 27 buah ambulans kesemuanya hasil sumbangan hampir 20 buah NGO antarabangsa.
4. Kegembiraan yang berganda kepada penduduk Palestin selepas projek pembinaan rumah mereka siap dilaksanakan untuk pembangunan infrastruktur di sana.
5. PASRelief amat bertuah kerana memiliki tenaga sukarelawan dan dermawan yang begitu cakna dengan saudara di Palestin. Usaha ini tidak akan berjaya jika tidak ada sokongan daripada pelbagai pihak.
.
YB USTAZ MOHD YUSNI BIN MAT PIAH
PENGARAH PASRELIEF